Dari Kerana Mata

Kata pepatah, dari mata turun ke hati. Maka penawar (ubat) bagi membersihkan hati ialah dengan menggunakan mata untuk lihat kebesaran Allah SWT dan beribadah dengan memandang perkara yang disunatkan seperti Al-Quran, Kaabah dan ibubapa. Mata sememangnya memberi faedah samada dari segi keperluan dunia mahupun akhirat. Dari segi dunia mata membantu kita mengelakkan kemalangan dan bahaya. dari segi akhirat pula ia membantu menambahkan pelaburan akhirat kita jika digunakan pada tempat yang halal. Syukurilah nikmat mata yang dikurniakan Allah SWT dengan tidak menglihat pada yang haram kerana semua yang dipandang akan disoal di Akhirat nanti. Baca baki entri ini »

Dividen Sedekah Yang Ikhlas dan Dari Harta Yang Suci

…dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Baqarah:272) Baca baki entri ini »

Hidayah Milik Allah

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) …(Baqarah:272) Baca baki entri ini »

Disebalik Kesedihan Menghadapi Musibah

Kesedihan yang disebabkan oleh sesuatu musibah itu menghapuskan dosa seseorang. Ada dosa yang hanya terhapus dengan kesedihan. Rasulullah SAW juga turut mengalami kesedihan. Ubatilah kesedihan dengan zikir, istigfar dan doa serta bersabarlah menghadapi musibah. Berdoalah agar Allah gantikan kehilangan itu dengan perkara yang lebih baik. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

Bersatu adalah rahmat, bercerai berai adalah azab. (Riwayat Baihaqi) Baca baki entri ini »

Cara Mensyukuri Nikmat Allah

Rasulullah s.a.w. bersabda “Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur, meninggalkannya bererti ingkar. Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak; dan sesiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah (Riwayat Baihaqi).  Baca baki entri ini »

Jauhi Kezaliman dan Kebakhilan

Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka. Baca baki entri ini »

Antara Yahudi, Musyrik dan Nasrani

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong (Maidah:82).Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (Maidah:83) Baca baki entri ini »

Sabar dan Syukur

Ada dua watak bilamana keduanya dimiliki oleh seseorang maka ia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan bersabar. Apabila kedua watak tersebut tidak terdapat dalam hidup seseorang maka Dia tidak mencatatnya sebagai orang yang bersyukur dan bersabar. Sesiapa yang memandang kepada orang yang lebih atas daripadanya dalam masalah agama, lalu dia mengikutinya; dan dalam masalah duniawi dia memandang kepada orang yang lebih rendah daripadanya, lalu dia memuji kepada Allah atas kurnia yang telah dilimpahkan-Nya kepada dirinya, maka orang tersebut dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan bersabar. Sesiapa yang memandang kepada orang lain yang lebih rendah daripadanya dalam masalah agama dan dalam masalah duniawi dia memandang kepada orang yang lebih atas daripadanya, lalu dia menyesali nasib dirinya, maka Allah tidak mencatatnya sebagai orang yang bersyukur dan tidak pula sebagai orang yang bersabar. (Riwayat Tirmidzi melalui Ibnu Amr r.a.) Baca baki entri ini »

Bakhil dan Berakhlak Buruk

Daripada Abi Said al-Khudri telah bersabda Nabi S.A.W.  “Dua perangai yang tidak akan berhimpun pada seseorang mukmin; bakhil dan akhlak buruk (Riwayat Bukhari) 

Mukmin ialah orang Islam yang patuh kepada Allah dan menjauhi dosa-dosa. Dua perangai ini (bakhil dan berakhlak buruk) tidak boleh berkumpul dalam hati seorang mukmin. Ada orang bakhil tetapi akhlaknya baik. Ada pula yang berakhlak baik tetapi bakhil. Kalau seseorang masih memiliki salah satu daripada dua sifat ini, maka masih belum tinggi tahap mukmin seesorang itu.  

Tidak beriman penuh seorang Islam yang tidur kekenyangan sedangkan jirannya kelaparan. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan. Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya (Dalam kes ini, jiranlah yang akan mendakwa kita.

Takut dan Wara’

Takut kepada Allah adalah kepala segala hikmah (kebijaksanaan), dan wara’ adalah ketua (kemuncak) kepada amalan  (Riwayat al-Qudhai) Baca baki entri ini »

Sedekah Secara Terang-Terangan atau Sembunyi

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Baqarah:271) Baca baki entri ini »

Cara Makan Yang Diberkati

Keberkatan dalam makanan bermaksud mencukupi, walaupun pada zahirnya nampak sedikit tetapi cukup bahkan mengenyangkan dan boleh memberi tenaga. Antara tips untuk mendrapat keberkatan makanan ialah 1) Membaca Bismillah bagi menjauhkan syaitan daripada makan bersama-sama.  2) Tidak makan makanan yang terlalu panas, sebaliknya membiarkan ia sejuk terlebih dahulu. 3) Makan secara berjemaah (beramai-ramai), sebaiknya dalam satu bekas seperti dulang atau talam. 4) Menjilat jari sebelum membasuh tangan. 5) Mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang lain ketika makan. Baca baki entri ini »

Umat Islam Perlu…

Bersatu dalam menentang serangan musuh Islam, berilmu dan mencari ilmu bagi mengurangkan pergantungan kepada musuh Islam, serta mengurangkan hiburan dan pergaulan bebas, aktiviti melemahkan minda dan hati seperti banyak makan, banyak tidur, lepak-lepak, berfoya-foya. Baca baki entri ini »

Jangan Sombong Dalam Berpakaian dan Berjalan

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Seorang lelaki daripada umat terdahulu keluar dengan pakaian yang cantik, dia berjalan dengan sombong. lalu Allah memerintahkan kepada bumi untuk memegangnya, lalu ia menelannya hingga hari kiamat. (Riwayat Tirmizi melalui Amr Ibnul Ash) Baca baki entri ini »