Jangan Sombong Dalam Berpakaian dan Berjalan

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Seorang lelaki daripada umat terdahulu keluar dengan pakaian yang cantik, dia berjalan dengan sombong. lalu Allah memerintahkan kepada bumi untuk memegangnya, lalu ia menelannya hingga hari kiamat. (Riwayat Tirmizi melalui Amr Ibnul Ash)

Menzahirkan Nikmat Allah Melalui Pakaian

Batasan dalam berpakaian adalah yang menutup aurat. Tidaklah menjadi kesalahan memakai pakaian yang cantik kerana menzahirkan nikmat kurniaan Allah SWT.

Ad-Dhuha [11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya….

Rasulullah SAW bersabda “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Sekiranya diberi rezeki yang lebih, belanjalah untuk membeli pakaian dan makanan yang baik sebagai tanda untuk menunjukkan bahawa Allah telah memberi nikmat kepada kita.Ia sebagai memperakui kurniaan Allah dan bukannya untuk menunjukkan kesombongan.Janganlah terlalu bakhil untuk berbelanja setelah diberikan rezeki yang banyak

Begitu juga berhias untuk menghadap Allah SWT. 

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Al-Araf 7:31)

Gunakanlah kecantikan dan berhiaslah ketika menghadap Allah, raja segala raja. Allah suka lihat manusia menzahirkan nikmat kurniaannya. Janganlah selekeh dan makruh tidak menutup kepala ketika solat dalam 4 mazhab. Rasulullah sentiasa menutup kepala dalam solah seperti memakai kopiah dan berserban. Juga makruh memakai baju lengan pendek kerana Rasulullah tidak pernah berbuat demikian. Baginda juga memakai baju yang labuhnya melebihi paras punggung.

Jangan Sombong Dalam Berpakaian dan Berjalan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).

Dalam hadith ini disebut secara jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah (walaupun dia tidak sombong kepada sesama manusia). 

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang merasa besar diri dan bersikap sombong semasa berjalan, nescaya dia akan menemui Allah dalam kemurkaannya”. (Riwayat Bukhari melalui Ibnu Umar)

Hanya Allah SWT Yang Layak Memilikinya

Iblis juga merasa dirinya besar (takabbur):

Al-A’raf [12] Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.

Dalam satu hadis qudsi disebut takabbur iaitu “Cakap besar” adalah hak Allah iaitu kain cadar (selindang) Allah. Hanya Allah boleh cakap besar dengan mengatakan aku yang cipta kamu, aku yang hidupkan kamu, aku yang beri rezeki kepada kamu. Allah boleh memandang kepada orang kafir tetapi tidak boleh melihat orang yang besar diri (sombong).

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t. masih mahu menilik (melihat) kepada orang kafir (walaupun mereka tidak menyembahnya) tetapi Allah tidak mahu menilik (memandang) kepada orang yang sombong. Sesungguhnya Nabi Sulaiman Ibnu Daud menaiki angin (di atas permaidani) serta duduk berteleku, lalu baginda merasa ujub (hebat) dalam hatinya, maka baginda dicampakkan hingga jatuh ke tanah (Riwayat Thabrani)

Sedangkan bukit dan batu yang besar pun takut kepada Allah.

Baqarah [74] Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: