Umat Islam Perlu…

Bersatu dalam menentang serangan musuh Islam, berilmu dan mencari ilmu bagi mengurangkan pergantungan kepada musuh Islam, serta mengurangkan hiburan dan pergaulan bebas, aktiviti melemahkan minda dan hati seperti banyak makan, banyak tidur, lepak-lepak, berfoya-foya.

Bersatu Dalam Menghadapi Serangan Musuh

Umat Islam lemah pada hari ini kerana umatnya tidak bersatu. Islam adalah agama perdamaian dan umat Islam mestilah bersatu padu. Kerajaan Islam di Andalusia jatuh ke tangan Kristian kerana pemimpin-pemimpin Islam tidak bersatu, bahkan mereka bekerjasama pula dengan pihak Kristian untuk menjatuhkan sesama sendiri.Dalam Islam, haram tidak bertegur sapa sesama Islam selama tiga hari (kerana bergaduh). Dari tidak bertegur sapa boleh membawa kepada perpecahan dan akhirnya umat Islam menjadi lemah. Kata pepatah Melayu, “Bersatu teguh, bercerai roboh”. Kata pepatah asing “”Kekuatan itu ada dalam kesatuan”. Selain itu umat Islam lemah kerana tiadanya pemimpin yang mampu menyatukan semua umat Islam. Kerana itulah Imam Mahdi diutuskan di akhir zaman untuk memimpin.

Al-Fath [29] Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas)…

Para sahabat bersifat tegas terhadap orang-orang kafir dan berlemah-lembut dan berkasih-sayang sesama mereka. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)”

Berilmu

Umat Islam lemah pada hari ini kerana mereka kurang berilmu. Mereka tidak mampu mencipta kipas sendiri, apalagi hendak mencipta kapal terbang, senjata atau peralatan perang sendiri. Kerana itu mereka terpaksa bergantung kepada kuasa asing, yang tidak mungkin akan memberikan peralatan yang terbaik. Jika dahulu orang merujuk kepada pakar ilmuan Islam, sekarang ini orang Islam pula yang merujuk. Kutiplah dan ambillah ilmu di mana sahaja ia berada kerana ia adalah milik orang Islam, walaupun di luar negara. 

Rasulullah saw telah bersabda: Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Orang Islam lemah kerana mereka tidak mempunyai ilmu, kepakaran dan tidak bercita-cita tinggi. Rasulullah saw juga bimbang umatnya lemah keyakinan. Umat Islam hendaklah berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Dalam hadith disebut “Tinggi cita-cita itu cetusan iman. Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin membina kapalterbang agar dapat memajukan umat Islam, yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan.

Menyediakan Kekuaatan Ketenteraan

Wajib bagi negara orang Islam melengkapkan persiapan senjata setakat yang termampu untuk menakutkan golongan musuh (kafir). Orang Islam sanggup mati untuk agamanya tetapi Kafir tidak berani kerana mereka tiada tunjang keimanan. Negara Islam wajib membuat dan mengeluarkan sendiri senjata supaya mereka tidak bergantung kepada negara bukan Islam.

Anfaal [60] Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya

Kurangkan Hiburan dan Pergaulan Bebas

Umat Islam hari ini lemah kerana asyik berfoya-foya. Lihatlah di mana sahaja pusat hiburan, konsert atau program hiburan atau lawak jenaka di televisyen, umat Islamlah yang ramai terlibat. Orang Islam sepatutnya menggunakan masa untuk perkara yang lebih berfaedah. Perbuatan membazir masa dengan “lepak-lepak” memang dilarang oleh Islam. Mereka yang banyak melepak sukar membebaskan diri dari dosa atau terlibat dengan jenayah-jenayah kecil. Kata orang luar, otak mereka (yang banyak lepak) dijadikan sarang oleh syaitan.

Umat Islam lemah pada hari ini juga terdedah kepada pergaulan bebas dan gambar serta filem lucah mudah diperolehi sehingga akhirnya membawa kepada perzinaan. Bahkan di Malaysia ini sehingga sanggup membuang anak kerana terlanjur berzina. Kerana itulah awal-awal lagi Islam telah menyekat 4 perkara ini iaitu pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan terutamanya bukan mahram, muzik, gambar dan arak. Lihatlah kesannya ke atas umat Islam hari ini.

Rasulullah saw bersabda, perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a). Baginda bimbang apabila umatnya terlalu kenyang kerana ia boleh menyebabkan mereka malas untuk berjihad.

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: