Cara Makan Yang Diberkati

Keberkatan dalam makanan bermaksud mencukupi, walaupun pada zahirnya nampak sedikit tetapi cukup bahkan mengenyangkan dan boleh memberi tenaga. Antara tips untuk mendrapat keberkatan makanan ialah 1) Membaca Bismillah bagi menjauhkan syaitan daripada makan bersama-sama.  2) Tidak makan makanan yang terlalu panas, sebaliknya membiarkan ia sejuk terlebih dahulu. 3) Makan secara berjemaah (beramai-ramai), sebaiknya dalam satu bekas seperti dulang atau talam. 4) Menjilat jari sebelum membasuh tangan. 5) Mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang lain ketika makan.

Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini. “ Dan bila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)

Dinginkanlah makanan kamu (sebelum dimakan), nescaya makanan itu diberkati (Riwayat Ibnu Addi). Apabila seseorang makan makanan yang terlalu panas, dia akan cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Maka tiadalah keberkatan atau lebihan daripada makanan yang sepatutnya boleh dikongsi. Nabi Sollallaahu Alayhi Wa sallam melarang memakan makanan yang masih panas kecuali panasnya telah reda (Riwayat Thabrani). Nabi Sollallaahu Alayhi Wa sallam melarang meniup-niup makanan dan minuman (Riwayat Ibnu Abbas). Memakan makanan atau meminum minuman yang terlalu panas juga membahayakan kesihatan. Biarkan ia sejuk terlebih dengan sendiri tanpa meniupnya.

Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang. [Muslim]

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah saw, “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan” (HR Muslim).

Dalam hadith juga disebut bahawa amalan menjilat jari  dapat mengurangkan dahaga semasa kepanasan di Padang Mahsyar nanti.Sunnah Nabi ialah semasa makan ialah duduk di atas lantai dan bukannya di meja. Tidaklah salah makan di meja, cuma tidak mengikut sunnah. Semasa makan, Nabi duduk seperti duduk tahiyyat pertama atau duduk ‘bertinggung’.

Baginda tidak mempunyai meja makan. Makanan diletak di atas lantai. Baginda menyuap makanan yang ada dengan 3 jari. Baginda tidak pernah mencela makanan. [Riwayat Bukhari dan Muslim].

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila dihidangan kepada sesorang diantara kamu makanan, sedangkan dia masih memakai kasutnya, maka hendaklah ia menanggalkan kedua kasutnya itu, kerana sesungguhnya ia memberi kerehatan keada kedua kakinya dan ia adalah sunnah” (Riwayat Abu Ya’la melalui Anas r.a.)

 

 

 

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: