Takut dan Wara’

Takut kepada Allah adalah kepala segala hikmah (kebijaksanaan), dan wara’ adalah ketua (kemuncak) kepada amalan  (Riwayat al-Qudhai)

Takut Kepala Segala Kebijaksanaan.

Takut yang dimaksudkan itu bukanlah seperti takutkan sesuatu misalnya takutkan harimau, tetapi takut daripada segi keimanan, takut yang bermaksud hormat kepada Allah. “Takut Allah murka, takut Allah tidak suka“.

Hanya dengan takut kepada Allah sahajalah, seseorang itu dapat melakukan segala ibadah. Semakin bertakwa, semakin rajinlah seseorang itu beribadah. Kadangkala kita terlepas takut sehingga melakukan dosa dan apabila longgar rasa takut maka rosaklah dunia. Takutlah kepada Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa, barulah diberi keberkatan. Takut kepada Allah perlu rapat dengannya. Takutlah kepada Allah samada secara zahir atau batin (di hadapan atau belakang manusia).

Sesiapa yang takut kepada Allah hingga mengalirkan airmatanya maka diharamkan neraka daripada membakarnya.

Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.

Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi)

 

Kita perlu melatih diri supaya sentiasa takutkan Allah. Di dalam Syurga, ahli syurga bercakap sesama mereka ” Masa di dunia dulu kami sangat takutkan Allah, rupa-rupanya Allah itu sangat pengasih”. Takut itulah yang membawa mereka ke syurga.

At-Tur [25] Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya. At-Tur [26] Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami, selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah)

Wara’ Adalah Kemuncak Dalam Beramal

Wara’ adalah merupakan kemuncak dalam beramal. Wara’ dalam melakukan ibadah dan kehidupan seharian adalah dengan “melakukan apa yang nabi buat dan meninggalkan apa yang nabi tinggalkan”.

Beribadat dengan secara wara’ mutunya lebih tinggi. Contoh warak dalam ibadah solat ialah dengan mengingati Allah dalam sembahyang. Jika terlalai, cepat-cepat kembalikan ingatan kepada Allah. Wara’ dalam ibadah puasa pula adalah dengan menjaga pancaindera daripada segala yang dilarang. 

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Kemusykilan atau pertanyaan