Sabar dan Syukur

Ada dua watak bilamana keduanya dimiliki oleh seseorang maka ia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan bersabar. Apabila kedua watak tersebut tidak terdapat dalam hidup seseorang maka Dia tidak mencatatnya sebagai orang yang bersyukur dan bersabar. Sesiapa yang memandang kepada orang yang lebih atas daripadanya dalam masalah agama, lalu dia mengikutinya; dan dalam masalah duniawi dia memandang kepada orang yang lebih rendah daripadanya, lalu dia memuji kepada Allah atas kurnia yang telah dilimpahkan-Nya kepada dirinya, maka orang tersebut dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan bersabar. Sesiapa yang memandang kepada orang lain yang lebih rendah daripadanya dalam masalah agama dan dalam masalah duniawi dia memandang kepada orang yang lebih atas daripadanya, lalu dia menyesali nasib dirinya, maka Allah tidak mencatatnya sebagai orang yang bersyukur dan tidak pula sebagai orang yang bersabar. (Riwayat Tirmidzi melalui Ibnu Amr r.a.)

Syukur

Bersyukurlah dalam semua keadaan, ucapkanlah Al-Hamdulillah dalam apa jua keadaan, samada mendapat kurniaan yang banyak atau sedikit dan janganlah pula merajuk dengan Allah s.w.t.

Lihat Ke Bawah Dalam Soal Harta Dunia

Dalam soal kekayaan atau harta dunia, lihatlah kepada mereka yang kurang daripada kita agar kita bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah SWT. Sebagai contoh, jika kita berkereta, lihatlah kepada mereka yang hanya dapat membeli motorsikal. Jika bermotosikal, lihatlah kepada yang berjalan kaki.

Selain itu melihat ke bawah juga mendidik kita agar bersabar daripada melakukan perkara yang dilarang dalam mengejar kekayaan.

Lihat Ke Atas Dalam Soal Ibadah

Dalam soal beribadah, lihatlah kepada mereka yang lebih rajin daripada kita agar kita dapat meningkatkan lagi prestasi ibadah, misalnya dengan mencontohi orang-orang terdahulu yang menghidupkan malam-malam mereka dengan bertahajjud dan menangis kepada Allah SWT.

Sabar

Salah satu daripada nama Allah ialah As-Sobur. Sabar ialah tetap pendirian di atas kebaikan. Allah paling banyak bersabar. Walaupun ramai manusia yang derhaka, namun Allah tidak membinasakannya serta merta.Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dan pertolongan Allah datang beserta dengan kesabaran.

Al-Baqarah [249] ….dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.

Rasulullah s.a.w. bersabda ”Pertolongan Allah datang dengan bersabar, jalan keluar itu ada bersama dengan bala (karb), dan sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Riwayat Ibnun Najjar melalui Anas r.a.)

Kata pepatah asing “Hasil kesabaran ialah buah yang manis”

Az-Zumar [10] …Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; (Ar-Ra’d:22)

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Ar-Ra’d:23)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: