Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

Bersatu adalah rahmat, bercerai berai adalah azab. (Riwayat Baihaqi)

Bersatu Teguh

Umat Islam hendaklah bersatu dan bersimpati antara satu sama lain sepertimana yang ditunjukkan oleh para sahabat Nabi:

Al-Fath [29] : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). …

Kata pepatah Melayu, “Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit“.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)”

Hujurat [10] : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara…

Orang mukmin adalah seperti adik-beradik dan mereka adalah bersaudara disebabkan agama mereka, dan mereka juga adalah ahli syurga. Antara golongan yang masuk syurga tanpa hisab ialah orang Islam yang bersatu hati.

Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a: ”Rasulullah s.a.w. bersabda ”Golongan yang pertama sekali masuk syurga, wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Riwayat Bukhari)

Rapatkan Saf Solat Agar Rapat Perpaduan Sesama Islam

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Janganlah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana ia akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bercerai Roboh

Bahkan dalam Islam; sesama orang Islam yang tidak bertegur sapa selama tiga hari (kerana pergaduhan dan ingin memutuskan persaudaraan) adalah haram (berdosa).  Rasulullah s.a.w. bersabda “Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih daripada tiga hari” ( Riwayat Bukhari)

Perbuatan tidak bertegur sapa sesama Islam  boleh membawa kepada perpecahan yang akhirnya umat Islam menjadi lemah. Orang Islam harus saling kuat-menguat antara satu sama ,dan tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia akan menyebabkan mereka menjadi lemah. Pada hari ini umat Islam lemah adalah kerana mereka tidak bersatu. Pepatah Melayu “Bersatu teguh, bercerai roboh” hendaklah dijadikan pegangan dan amalan, begitu juga dengan firman Allah:

Aali-Imran [103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai

Anfal [46] : Dan taatlah kamu kepada Allah s.w.t. dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.

Janganlah mengkafirkan orang Islam yang lain walaupun mereka tidak sefahaman dengan kita.  Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w ada menyebut, “jangan kafirkan mereka yang sembahyang menghadap kiblat”

Apabila dua orang muslim berkelahi menggunakan pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka” (Riwayat Muslim)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: