Cara Mensyukuri Nikmat Allah

Rasulullah s.a.w. bersabda “Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur, meninggalkannya bererti ingkar. Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak; dan sesiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah (Riwayat Baihaqi). 

Menyebut-nyebut Nikmat Allah

Ad-Dhuha [11] : Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukurkepadaNya.

Sebutlah ” Ini semua pemberian Allah” atau “Alhamdulillah, Allah telah beri saya….”

Berterima Kasih

Berterima kasihlah pada orang yang menolong kita kerana sesiapa yang tidak terima kasih kepada orang yang menolongnya samalah seperti dia tidak bersyukur kepada Allah kerana Allah jualah yang buka hati orang itu untuk menolong kita.

Bersyukurlah Walaupun Sedikit. 

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang redha dengan rezekinya yang sedikit, Allah akan redha dengan amalannya yang sedikit”. (Riwayat Baihaqi dari pada Sayyidina Ali). 

Amalan yang sedikit di sini bermakna yang amalan yang wajib dilakukan dan tidak ditinggalkan, cuma sedikit atau tidak dilakukan amalan sunat. Kemewahan dan kekayaan yang diberikan sepatutnya disyukuri dengan menambahkan lagi amalan dan aktiviti selain amalan fardhu seperti mengembangkan Islam.

Menzahirkan Nikmat Kurniaan Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah s.w.t. suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah). A’raf [31] : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)

Sekiranya diberi rezeki yang lebih, belanjalah untuk membeli pakaian dan makanan yang baik sebagai tanda untuk menunjukkan bahawa Allah telah memberi nikmat kepada kita. Ia sebagai memperakui kurniaan Allah dan bukannya untuk menunjukkan kesombongan. Janganlah terlalu bakhil untuk berbelanja setelah diberikan rezeki yang banyak.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: