Disebalik Kesedihan Menghadapi Musibah

Kesedihan yang disebabkan oleh sesuatu musibah itu menghapuskan dosa seseorang. Ada dosa yang hanya terhapus dengan kesedihan. Rasulullah SAW juga turut mengalami kesedihan. Ubatilah kesedihan dengan zikir, istigfar dan doa serta bersabarlah menghadapi musibah. Berdoalah agar Allah gantikan kehilangan itu dengan perkara yang lebih baik.

Kesedihan itu menghapuskan dosa seseorang

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mana-mana Muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)

Ada dosa yang hanya terhapus dengan kesedihan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila Allah melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.)

Rasulullah juga mengalami kesedihan

Rasulullah s.a.w mempunyai dua orang putera iaitu Qassim dan Abdullah. Setelah kematian kedua-dua puteranya, orang-orang Arab mengatakan bahawa keturunan Baginda sial dan telah terputus (bagi mereka nasab keturunan adalah melalui anak lelaki). Lalu Allah s.w.t menurunkan Surah Al-Kautsar untuk menenangkan hati Baginda supaya “buat tak tahu apa orang kata”.

Rasulullah s.a.w. juga mengalami kesedihan setelah kematian dua insan yang amat disayanginya iaitu isteri Baginda Siti Khadijah r.a. dan bapa saudaranya Abu Talib. Kemudian Baginda berhijrah ke Taif untuk meneruskan dakwah tetapi tidak diterima penduduk Taif pada ketika itu sehingga berdarah kaki Baginda dilontar batu. Akhirnya, Allah SWT mengubat kesedihan Rasulullah dengan memperjalankan Baginda Mulia dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Ubati Kesedihan Dengan Zikir, Istigfar, Doa & Solah

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila kamu terlibat dengan kesusahan atau kedukacitaan, maka katakanlah “Allahu-Rabbuna-La-Syariikalahu” (Allah tuhan kami, kami tidak syirik) [RiwayatBaihaki]. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.). 

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada rasa dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang..”(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w bersabda, Sesiapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar (kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar (kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka. Riwayat Ahmad.

Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ini sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati. Solah merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w.

Bersabar

Hairan sungguh urusan orang mukmin iu, bahawa semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila ia mendapat kebahagiaan maka ia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya; apabila ia tertimpa musibah maka ia bersabar dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya. (Riwayat Ahmad)

Digantikan Dengan Yang Lebih Baik

Ummu Salamah berkata, “Saya mendengan Rasulullah bersabda, ‘tidak ada seorang muslimpun yang ditimpa suatu musibah lalu mengucapkan apa yang diperintahkan oleh Allah, اِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ, اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيْبَتِي وَاخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا. yang artinya, ‘Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali, ya Allah berikanlah kepadaku atas musibah ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya’, kecuali Allah akan menggantikannya yang lebih baik darinya’. Maka ketika Abu Salamah (suamiku) wafat, aku bergumam, siapa di kalangan kaum muslimin yang lebih baik dari Abu Salamah, sebuah keluarga yang pertama kali berhijrah kepada Rasulullah ? Tetapi aku lalu mengucapkan do’a tersebut. Allah pun menggantikanku dengan Rasulullah . (HR. Muslim)

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Disebalik Kesedihan Menghadapi Musibah”

  1. wisnuwidiarta Says:

    Reblogged this on Untold Contemplation and commented:
    Tulisan untuk sahabatku, Mas Rahman, yang ditinggal pergi istrinya ke haribaan Allah SWT.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: