Hidayah Milik Allah

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) …(Baqarah:272)

Hidayah itu milik Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. yang dapat memberikan hidayah untuk kita kembali ke syurga. Ahli syurga bersyukur mereka diberikan hidayah oleh Allah s.w.t

.….dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah s.w.t. yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran. …. (A’raf:43)

Kita tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang kita kasihi, sebaliknya hanya disuruh berdoa dan berdakwah sahaja. Rasulullah s.a.w. juga tidak dapat memujuk bapa-bapa saudaranya iaitu Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib memeluk Islam.

Al-Qasas [56] Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). 

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: