Dari Kerana Mata

Kata pepatah, dari mata turun ke hati. Maka penawar (ubat) bagi membersihkan hati ialah dengan menggunakan mata untuk lihat kebesaran Allah SWT dan beribadah dengan memandang perkara yang disunatkan seperti Al-Quran, Kaabah dan ibubapa. Mata sememangnya memberi faedah samada dari segi keperluan dunia mahupun akhirat. Dari segi dunia mata membantu kita mengelakkan kemalangan dan bahaya. dari segi akhirat pula ia membantu menambahkan pelaburan akhirat kita jika digunakan pada tempat yang halal. Syukurilah nikmat mata yang dikurniakan Allah SWT dengan tidak menglihat pada yang haram kerana semua yang dipandang akan disoal di Akhirat nanti.

Melihat Kebesaran Allah

Lihatlah alam sekitar. Lihatlah ke langit bagi melihat kebesaran Allah dan sebagai dalil wujudnya pencipta alam ini

Ar-Rad [2] Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya,…

Al-Hijr [16] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. 

Gunalah Mata dengan Sebaiknya Dalam Beribadat.

Abu Said al-Khudri r.a. menyampaikan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Berilah hak matamu di bidang ibadat!” Sahabat bertanya: “Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya.”

Ada 3 perkara yang “tengok sahaja pun dah dapat pahala“: 1. Tengok (melihat atau memandang) Kaabah (Baitullah). 2. Tengok (melihat atau memandang) wajah ibubapa. Apalagi kalau buat baik kepada mereka. 3. Tengok (melihat atau memandang) ayat-ayat Quran yang mulia. Apalagi kalau dibaca dan diamalkan. Selain

Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada orang yang berhaji ke rumah Allah yang suci: 60 rahmat untuk yang bertawaf, 40 untuk yang sembahyang, dan 20 rahmat untuk yang memandangnya (Kaabah) (hadits hasan riwayat Baihaqi).

Jagalah Pandangan Mata

Kata pepatah Melayu dari mata turun ke hati. Kerana itulah kita disuruh merendahkan pandangan daripada memandang perkara yang haram dan wajah wanita atau lelaki yang bukan mahram. Diriwayatkan, Rasulullah berjalan dengan agak laju dan menundukkan pandangan.

An-Nur [30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

An-Nur [31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)……

Apabila perempuan berjalan keluar, dua syaitan mengeksploitasinya, satu syaitan menghiasi bahagian hadapan dan satu lagi menghiasi bahagian belakangnya. Syaitan mengguna-pakai perempuan untuk mempesona pandangan para lelaki.

Ibnu Mas’ud r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok (aurat), apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” (At-Tirmizi).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: