Balasan Segera Pemberontak dan Derhaka Ibubapa

Dua perkara yang (balasannya) disegerakan oleh Allah di dunia iaitu pemberontak (kerajaan Islam) dan penderhaka ibubapa (Riwayat Thabrani melalui Abu Bakar)

Larangan Memberontak

An-Nahli [90] Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta penderhakaan. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Setiap rakyat dilarang melakukan pemberontakan bersenjata kepada kerajaan yang sah disisi Allah dan Rasul. Sekiranya mereka menderhaka kepada kerajaan yang melaksanakan perintah Allah dan Rasul, maka hukumannya ialah samada dibunuh atau dipotong tangan dan kaki secara bersilang.

Al-Maidah [33] Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Buat Baik Kepada Ibubapa

Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bersabda “Berbuat baiklah kamu kepada ibubapa kamu supaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu, dan bersihkanlah dirimu dari perempuan selain isterimu. Sesiapa yang dimintai maaf lalu dia tidak mahu menerimanya, nescaya dia tidak akan dapat minum dari telagaku (Telaga Kausar)”. [Riwayat Hakim melalui Jabir r.a.]

Israa [23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: