Umur dan Harta

Dua perkara yang dibenci anak Adam iaitu membenci mati, padahal mati lebih baik daripada fitnah, dan dia membenci sedikit harta benda, padahal sedikit harta meringankan hisab (Riwayat Ahmad melalui Mahmud Ibnu Lubaid)

Daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya. (Bukhari).

Dalam satu hadis yang lain pula, manusia akan ditanya tentang umur dan hartanya:
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?

Manusia membenci kematian sedangkan adakalanya kematian itu lebih baik untuk seseorang kerana ia lebih baik daripada difitnah (ditimpa ujian). Kata orang kampung lebih baik mati dari hidup menambahkan dosa (dalam kekafiran) dan tidak beribadat kepada Allah SWT.  

Begitu juga halnya dengan harta. Manusia tidak suka jika hartanya sedikit sedangkan itulah yang mempercepatkan hitungan amalnya di Padang Mahsyar nanti.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: