Jom Berkorban

“Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu, dan sembelihlah korban.” (Surah al-Kauthar:2) “ ..

Afdal Makan Sebahagian Daging Korban

Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj:28) “..

Boleh Juga Diberi Kepada Orang Kaya

Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.”(Al-Hajj:36)

Ibadah Korban juga adalah salah satu penebus dosa terhadap Allah SWT.

Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah, maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Rasulullah Hadiahkan Korban Untuk Umatnya

Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi. Hadith Anas radhiyallahu ‘anhu riwayat Al-Bukhari (no. 5565) dan Muslim (no. 1966), bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berqurban dengan dua kibasy yang berwarna putih bercampur hitam lagi bertanduk. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”

Advertisements

7 Respons to “Jom Berkorban”

  1. Haji Zak Says:

    Assalamualaikum,
    B erkenaan Solat Awabin kita bolih baca apa saja ayat dan tak perlu membaca ayat ayat tertentu. Terima kasih.

    Hj. Zak

  2. Haji Zak Says:

    Assalamualaikum,
    Mengapa dalam Quran setengah Ayat kita baca dengan 2/3/4 harakat dan saterus nya. Terima kasih.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam.. Ilmu tajwid ini hanya timbul di Baghdad. sebelum itu tidak ada.. masih baca jika baca walau tidak bertajwid selagi betul sebutan dan maknanya tidak lari.

  3. Yatie Hasan Says:

    as salam ustaz, semalam saya telah membuat korban disamping ahli keluarga utk mencukupkan 7 bhg itu, akan tetapi ibadah itu telah dilakukan di negeri sembilan sedangkan kami tinggal di kuala lumpur, saya telah mendapat bhg saya dan selebihnye utk disedekahkan
    soalan saya,
    1.bolehkah bhg utk disedekahkan itu (hanya 3 bungkus) saya bawa pulang ke KL utk dihadiahkan kpd sahabat & jiran, kerana ada pendapat mengatakan daging korban itu haram dibawa keluar dari daerah korban?
    2.ada pendapat mengatakan bahawa bahagian org yg membuat korban hanya bole dimakan sekali sahaja samaada dimasak atau disedekahkn mentah dan tidak bole disimpan?
    3.saya telah memotong kuku 4 hari sebelum ibadah korban dijalankan, apakah hukumnye kerana saya tidak sengaja melakukanye..

    terima kasih!!

    assalamualaikum..

  4. Jom Berkorban | Suara Muhajirin 313 Says:

    […] September 26, 2014   IBADAH KORBAN “Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu, dan sembelihlah korban.” (Surah al-Kauthar:2) “ .. Afdal Makan Sebahagian Daging Korban Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj:28) “.. Boleh Juga Diberi Kepada Orang Kaya Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.”(Al-Hajj:36) Ibadah Korban juga adalah salah satu penebus dosa terhadap Allah SWT. Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah, maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban) Rasulullah Hadiahkan Korban Untuk Umatnya Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi. Hadith Anas radhiyallahu ‘anhu riwayat Al-Bukhari (no. 5565) dan Muslim (no. 1966), bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berqurban dengan dua kibasy yang berwarna putih bercampur hitam lagi bertanduk. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya” KREDIT SUMBER […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: