Mereka Tidak Akan Menurut Kiblatmu

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kiblat, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Ka`abah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahikan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim (Baqarah:145). Baca baki entri ini »

Advertisements

Cintailah Pencipta Kita

Kecintaanmu terhadap sesuatu mampu membuat buta dan tuli” (Riwayat. Ahmad). Cinta Allah dan Rasul sahaja yang tidak begitu. Sayangilah Allah tuhan yang esa dan unik (tiada yang menyerupaiNYA) dan dialah yang menciptakan segalanya dan memberikan kita rezeki. Baca baki entri ini »

Taatlah Kepada Allah Bukan Kepada Kafir

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. (Ali-Imran:149)  Baca baki entri ini »

Hidayah dan Hati Kita Milik Allah

.Allah yang memberikan petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. (Baqarah:142). Hanya Allah yang mampu mengubah hati seseorang. Hanya Allah yang boleh membimbing kita dan memberikan hidayahnya..Hidayah itu milik Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. yang dapat memberikan hidayah untuk kita kembali ke syurga. Baca baki entri ini »

Amalan Untuk Hapus, Gugur Dosa Dengan Allah

Berwuduk, berjalan ke masjid untuk solat berjemaah, menunggu untuk solat berjemaah di masjid, memperbanyakkan bersujud (solat), memohon keampunan daripada Allah SWT samada dengan mengucapkan istigfar atau menyesali dosa yang telah dilakukan di hadapan Allah SWT agar titik hitam itu tidak kekal melekat dihati dan dipadamkan dari catatan Malaikat yang mencatitnya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Allah Mengetahui Dosa Yang Melekat Di Hati Kita

…Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (Baqarah:287). Allah SWT mengetahui apa yang kita lakukan mahupun semasa bersendirian atau di dalam gelap atau kita menyuruh atau mengupah orang lain untuk melakukannya. Allah mengetahui segala dosa kita yang dilakukan dihadapannya, bahkan ia direkod oleh malaikat Kiraman Katibin.

Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan

Baca baki entri ini »