Amalan Untuk Hapus, Gugur Dosa Dengan Allah

Berwuduk, berjalan ke masjid untuk solat berjemaah, menunggu untuk solat berjemaah di masjid, memperbanyakkan bersujud (solat), memohon keampunan daripada Allah SWT samada dengan mengucapkan istigfar atau menyesali dosa yang telah dilakukan di hadapan Allah SWT agar titik hitam itu tidak kekal melekat dihati dan dipadamkan dari catatan Malaikat yang mencatitnya.

Berwuduk

Sabda Rasululullah SAW “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa” (Riwayat Muslim)”

Berwuduk,Menuju Solat Jemaah dan Menanti Solat jemaah Di Masid

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian dia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” (Hadith sahih – riwayat Muslim

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertanya (kepada para sahabatnya) “Adakah kamu ingin tahu tentang sesuatu yang boleh menghapuskan dosa oleh Allah s.w.t. dan mengangkat darjat (kamu?) Maka mereka menjawab “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Sabda Baginda, “Berwuduklah dengan cara bersungguh-sungguh ketika kesejukan, dan banyakkanlah langkah menuju  ke masjid-masjid (untuk sembahyang), menanti sembahyang selepas sembahyang adalah jihad“. Di dalam hadith daripada Malik bin Anas, itu adalah jihad, itu adalah jihad (disebut sebanyak dua kali dalam Riwayat Muslim)

Kisah seorang sahabat yang merasa amat berdosa setelah mencium seorang perempuan yang masuk ke dalam kedainya, lalu berjumpa Rasulullah s.a.w. Dari Anas r.a. katanya “Seorang laki-laki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya, Rasulullah! Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku. (hukumlah aku)!” Kata Anas, “Ketika itu telah masuk waktu sembahyang, maka dia sembahyang berjemaah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sembahyang, dia berkata lagi kepada Baginda, “Ya, Rasulullah!. Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku sesuai dengan Kitab Allah.”. Tanya Rasulullah s.a.w. “Apakah engkau tadi sembahyang berjemaah bersama-sama kami?. Jawabnya “Ya!”. Sabda Rasulullah s.a.w. “Nescaya Allah mengampuni engkau.”

Banyakkan Solah

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya

Mohonlah Keampunan

..Dan dosa tidak dilupakan (selagi tidak diminta keampunan atau bertaubat)….(Riwayat Baihaki)

Dosa terhadap Allah swt memerlukan pengampunan samada melalui taubat, istigfar atau penyesalan. 

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Baqarah:199)

Penyesalan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila Allah melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.).

Istigfar

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang ketika merebahkan dirinya ke tempat tidur mengucapkan istighfar 3 kali, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun seumpama buih lautan, sebanyak bilangan daun pokok, sebanyak bilangan pasir halus dan sebanyak bilangan hari-hari dunia.” (Riwayat Tirmidzi)

Bertaubat dan beristigfar itu mengugurkan dosa dan dosa itu dipadamkan dari buku amalan. Sebaliknya diganti dosa kejahatan itu dengan pahala istigfar. Malaikat yang menulis amal kejahatan juga dilupakan tentang kejahatan yang dilakukan.

Sesiapa yang bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Amalan Untuk Hapus, Gugur Dosa Dengan Allah”

  1. MASBAH Says:

    Suami saya tidak solat,tidak membayar zakat pendapatan,belum berhaji, tapi puasa penuh ramadhan sejak 30 tahun yang lalu,sekiranya jodoh kami kekal,akan dibangkitkan bersama saya di mahsyar nanti.Adakah saya akan dimasukkan bersama suami samada ke syurga atau neraka(nauzubillah) sekiranya dia tidak berubah hingga akhir hayatnya.
    Saya amat tertekan kerana belum ada tanda-tanda suami mahu berubah,walaupun dia suka mendengar ceramah agama. Saya tetap berdoa agar suami berubah.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: