Hidayah dan Hati Kita Milik Allah

.Allah yang memberikan petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. (Baqarah:142). Hanya Allah yang mampu mengubah hati seseorang. Hanya Allah yang boleh membimbing kita dan memberikan hidayahnya..Hidayah itu milik Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. yang dapat memberikan hidayah untuk kita kembali ke syurga.

Ahli syurga bersyukur mereka diberikan hidayah oleh Allah s.w.t)

.….dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah s.w.t. yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran. …. (A’raf:43)

Orang-orang yang mendapat suluhan cahaya akan mudah/senang untuk memahami Islam. Sebaliknya mereka yang berada dalam kegelapan adalah sukar untuk memahami Islam. Justeru itu, orang kafir berfikir bahawa masuk Islam itu adalah sukar seumpama memanjat atau mendaki ke langit.

Al-Anam [125] : Maka sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah Subhanahuwata’ala menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.  

Kita tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang kita kasihi, sebaliknya hanya disuruh berdoa dan berdakwah sahaja. Rasulullah s.a.w. juga tidak dapat memujuk bapa-bapa saudaranya iaitu Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib memeluk Islam.

Al-Qasas [56] Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: