Taatlah Kepada Allah Bukan Kepada Kafir

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. (Ali-Imran:149) 

Janganlah taat kepada kafir terutama dalam soal yang melibatkan agama dan pendapat mereka yang boleh memundurkan kita.

Allah Pelindung dan Penolong Kamu

(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu dan Dialah sebaik-baik Penolong. (Ali-Imran:150).

Allah SWT adalah tuan kita, penolong dan penjaga yang bantu kita. Dialah tuhan seru sekelian alam. Pertolongan Allah SWT adalah yang sebaiknya. Allah SWT menolong kita melalui ilmu dan akal fikiran yang dikurniakan. Tiada agama bagi mereka yang tidak berakal (gila).

Taatlah kepada Allah dengan menurut perintah Allah dan menjauhi larangannya. Kita akan selamat jika patuh kepada Allah dan Allah akan menolong walau dimana saja kita berada. 

Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang takut kepada Allah Ta’ala, nescaya tiap sesuatu akan takut kepadanya.Dan sesiapa yang takut kepada selain Allah, maka ia akan takut kepada segala sesuatu”. Dalam sebuah hadith yang lain pula disebut “Taatlah kepada Allah, nescaya manusia akan takut kepada kamu. Jika kamu derhaka, maka kafir akan menguasai kamu“.

Kafir Akan Merasa Takut

Allah SWT akan mencampakkan rasa takut dalam hati sanubari orang-orang kafir bila kita betul (taat) kepadanya Allah.  Golongan kafir akan merasa takut kerana mereka bersalah dan melakukan dosa yang sangat besar terhadap Allah SWT.

Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya …(Ali-Imran:151)

Balasan Kafir Yang Menzalimi Diri Mereka Sendiri

Orang yang zalim ialah mereka yang menganiayai diri sendiri kerana tidak menerima kebenaran dan bertindak tidak mengikut cara yang diperintahkan oleh Allah. Pertama, orang yang zalim ialah golongan kafir dan kedua ialah orang Islam yang hidup dan berperangai seperti orang kafir.…

dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya(Baqarah:270).

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. (Ghafir:18)

Tempat kediaman mereka yang menzalimi diri mereka itu adalah neraka yang sangat hodoh.

..dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah Neraka dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim. (Ali-Imran:151)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: