Cintailah Pencipta Kita

Kecintaanmu terhadap sesuatu mampu membuat buta dan tuli” (Riwayat. Ahmad). Cinta Allah dan Rasul sahaja yang tidak begitu. Sayangilah Allah tuhan yang esa dan unik (tiada yang menyerupaiNYA) dan dialah yang menciptakan segalanya dan memberikan kita rezeki.

Rasa cinta kepada Allah ialah rasa seronok apabila mengingati Allah. Allah menerima cinta walaupun daripada hambanya sendiri. Perlu ada perasaan cinta kepada Allah untuk menjadi seorang wali. Cinta itu adalah satu seni yang suci, cuma manusia yang mengotorkannya dengan maksiat. Ibadat yang besar ialah menyayangi Allah. Sayangilah Allah, “sebut-sebutlah Allah ” dan ingatlah Allah samada melalui zikir lidah, zikir hati atau zikir nafas. Apabila seseorang menyayangi Allah, maka Allah menyayanginya, dan diletakkan orang yang disayanginya itu di syurga, sebuah tempat kepunyaan Allah untuk menzahirkan kasih sayangnya kepada hamba yang taat.

Cinta itu sebenarnya suci cuma manusia yang mengotorkannya dengan nafsu buruk mereka. Kerana cinta kepada Allah jugalah terhasilnya para ulama dan wali Allah.Wali Allah ialah orang Islam yang taat dan patuh kepada syariat Allah dan juga merupakan orang yang dekat dengan Allah. Wali bermaksud sahabat Allah iaitu orang yang menyayangi Allah lebih dari segala-galanya, mengamalkan sunnah Nabi atas dirinya, cara hidup Baginda dan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti puasa dan sembahyang sunat selain daripada ibadah-ibadah yang wajib.

Bahkan Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya berdoa “Ya Allah, kurniakanlah aku kasih sayang kepada-Mu, kasih sayang kepada orang yang kasih kepadanya berfaedah bagiku, Ya Allah, apa yang engkau telah kurniakan kepadaku yang aku sukai, jadikanlah ia sebagai kekuatan untuk melakukan apa yang engkau sukai. Ya Allah, apa yang engkau telah palingkan (tidak dikurniakan), jadikanlah ia sebagai kesempatan untuk melakukan apa yang engkau sukai (Riwayat Tirmidzi)

Syurga adalah tempat Allah swt melahirkan kasih sayang kepada hamba-hambanya yang beriman. Seseorang itu masuk syurga dengan rahmat atau belas kasihan Allah. 

Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Sayangilah Allah kerana bila Allah menyayangi seseorang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurganya.

Ali-Imran [31] Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Sayangilah Allah dan Rasul. Jangan mencintai perkara lain lebih daripada Allah, Rasul dan jihad. 

At-Taubah [24] Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: