Mereka Tidak Akan Menurut Kiblatmu

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kiblat, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Ka`abah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahikan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim (Baqarah:145).

Baitul Maqdis merupakan kiblat terdahulu bagi nabi-nabi dikalangan Yahudi seperti Nabi Musa dan Nabi Isa. Manakala Baitullah di Masjidilharam merupakan kiblat nabi Ibrahim dan anak-cucunya.

Nabi Muhammad ingin sekali sembahyang ke arah kiblat datuk Baginda iaitu Nabi Ibrahim. Namun Baginda tidak boleh berbuat demikian sehinggalah datangnya perintah daripada Allah swt.

Bangsa Yahudi juga adalah daripada keturunan Nabi Ibrahim melalui isterinya yang pertama (Sarah) yang melahirkan Nabi Ishak. Manakala Rasulullah s.a.w. adalah daripada isterinya yang kedua (Hajar) yang melahirkan Nabi Ismail. Nabi Ibrahim dan anaknya (Nabi Ismail) telah diperintahkan untuk membina semula Baitullah pada tapak yang asalnya.

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud. (Baqarah:125)

Ahli kitab iaitu golongan Yahudi dan Nasrani sememangnya telah mengetahui arah kiblat yang sebenar. Namun kerana ego mereka tidak mahu mengakui kebenaran tersebut walaupun telah diceritakan dalam kitab-kitab mereka.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: