Rasul dan Wahyu

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya.. (Baqarah:285)

Al-Kahfi [110] Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu

Quran adalah perkataan Allah yang bersifat qadim, manakala hati nabi adalah sesuatu yang bersifat baru. Ia mengandungi perkataan yang berat, kerana itu apabila quran diturunkan ke dalam hati nabi, Baginda terpaksa berselimut.

Muzammil [5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

Dua cara wahyu diturunkan:-

1) Terus menerus (Direct) ke dalam hati Nabi Muhammad s.a.w. .Nabi berselimut ketika menerima wahyu dan salah satu dari sunnahnya ialah berselimut.

Al-Baqarah [97] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.

2) Melalui bacaan Malaikat Jibril, dan setelah selesai Jibril membaca, maka nabi pula membacanya

Al-Qiyamah [16] Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). [17] Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); [18] Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; [19] Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)..

Apabila Baginda bercakap, Baginda bercakap hanya perkara yang benar, dan  tidak bercakap mengikut hawa nafsunya, melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah swt.

An-Najm [3] : Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.[4]  :Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: