Hari Amalan Ditayangkan

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya) dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya (Ali-Imran:30)

Cukupkan dan Cantikkan Amalan Fardhu

Cukupkan amalan-amalan fardhu terutamanya solah kerana ia merupakan amalan pertama dihisab (dikira). Gantilah jika ada yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan.

Cantikkan amalan amalan-amalan fardhu dengan melakukan amalan-amalan sunat.

Maksimakan pahala amalan sebaik mungkin di dunia ini.

Segala Amalan Direkodkan

Semua amalan dicatitkan oleh malaikat walaupun ia dilakukan secara rahsia, samada besar mahupun kecil.

Niat untuk melakukan kejahatan tidak dicatit selagi tidak dilakukan, bahkan diganti dengan pahala.

Jika terlanjur melakukan kejahatan atau dosa dengan Allah, segeralah bertaubat dan menangislah kerana ia akan membatalkan catitan kejahatan itu.

Terima Rekod Amalan

Muslim terima rekod prestasi amalan melalui tangan kanan. Kafir terima rekod melalui tangan kiri.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: