Kehidupan Dunia Dipercantikkan Bagi Mereka

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya) (Baqarah:212)

Segalanya diberikan kepada golongan kafir walaupun mereka melakukan kerja-kerja yang tidak baik. “Dunia ini ibarat penjara (kerana terdapat hukum yang menjaga) bagi orang Mukmin, dan syurga bagi si Kafir“. (Riwayat Muslim, no 2956). Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk dunia dan ketepikan agama. Allah SWT juga berfirman ” jangan hairan dengan kekayaan mereka:.

At-Taubah [55] Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

Kemewahan Kafir Di Dunia Tidak Sama Kemewahan Islam Di Akhirat.

Di dunia ini mereka tetap diberikan kesenangan dan kemewahan walaupun tidak beriman dan percaya kepada Allah.  Di akhirat kemewahan hanya diberikan kepada orang Islam di dalam syurga. Harta dunia hanya menjadi milik kita semasa hidup di dunia sahaja. Harta akhirat pula kekal selamanya. Di akhirat, orang-orang kafir tidak akan merasa walau setitik air sejuk. 

Zukhruf [35] Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa.

Itu hanya pemberian dunia sahaja. Dunia sebenarnya tidak cantik. Dalam sebuah hadis dunia ini ibarat apa yang manusia keluarkan (najis). “Sesungguhnya Allah menjadikan kotoran yang keluar dari perut anak Adam sebagai perumpamaan buat dunia”. (Riwayat Baihaqi)

Sini Tempat Ujian, Sana Dapat Kedudukan

Dunia ini adalah tempat ujian sementara dan kita akan dihidupkan semula selepas kematian untuk diberikan kedudukan yang kekal di negeri akhir nanti (akhirat)

Apa yang cantik sebenarnya ialah negeri Akhir (akhirat) untuk orang Islam. Dunia ini cantik kerana ada “tauhid”, yang menjadi bekal untuk ke akhirat. Tanpa iman dan amal soleh dunia tak bermakna.

Dalam hadith yang lain pula disebut “Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing sahaja yang akan merebut bangkai”.

Carilah dunia untuk ke akhirat. Tanam modal kebajikan di dunia untuk bawa pulang ke kampung akhirat sepertimana kita berhijrah ke kota (KL) untuk mencari rezeki dan bawa pulang kepada ibubapa di kampung. Jangan jadi seperti penagih dadah yang lupa tujuan asalnya ke KL. Carilah pahala iaitu harta akhirat. Ramai orang lupa tujuan asalnya ke dunia seperti mana penagih dadah yang lupa tujuan asalnya berhijrah ke KL.

Seperti kita berusaha mencari harta siang malam, berusahalah untuk istigfar, zikir walau sambil berjalan, tidur. Bangun daripada tidur teruslah ingat kepada Allah SWT dan berdoa supaya diampunkan dosa kita, keluarga dan bersyukurlah kerana masih dihidupkan. 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: