Mati Dalam Iman

Ali Imran [102]……”jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam“. Daripada Jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.

Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam” merupakan perintah Allah agar kita jangan mati kecuali dalam keadaan beriman dengan ajaran Islam kerana Allah S.W.T tidak akan menerima agama selain Islam, malah Islamlah satu-satunya agama yang diredhai-Nya

Agama rasmi yang diterima Allah hanyalah Islam sahaja. Yang menjadi syarat untuk ke syurga.

….dan Aku telah redakan islam itu menjadi ugama untuk kamu (Al-Maidah:3).

Ali-Imran [19] Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam

Ali-Imran [85] Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Al-Maidah [19] : Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala telah mengkhaskan agama ini (iaitu agama Islam) untuk diriNya (iaitu Allah Subhanahuwata’ala ).

Allah menguasai hari agama (Maliki yau middin) dan di hari itu hanya agama Islam yang diterima.

Fatihah [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Ugama / Pembalasan (hari akhirat).

Allah SWT juga telah menunjukkan 2 jalan, pilihlah jalan ke syurga dan bukannya jalan ke neraka….

Al-Balad [10] Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? 

Islam umpama bangunan yang kukuh sedangkan selain dari Islam adalah umpama bangunan yang dibina ditebing neraka.

Maka adakah orang yang membangunkan binaan yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan binaan yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk kepada orang-orang yang zalim (Taubah:109)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: