Musibah Tanda Allah Sayang

Musibah adalah bencana atau sesuatu yang mendukacitakan yang menimpa. Bala atau musibah adalah ujian daripada Allah untuk membersihkan dosa-dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Allah SWT mengenakan bala supaya kita insaf atas dosa yang telah kita lakukan. 

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). ( Ar-Room:41)

Bersabarlah dalam menghadapi musibah dan janganlah merungut kerana setiap musibah itu ada pampasannya. Dalam hadith disebut seseorang itu tidak akan mengecap kemanisan iman sehingga dia merasakan musibah itu satu rahmat ke atasnya. Allah juga suka mendengar rayuan hambanya.

Anas bin Malik R.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila Allah kasih sayang pada seorang hamba maka dikenakan kepadanya Bala”, Maka bila ia berdoa berkata Malaikat: suara yang sudah terkenal!!!. Dan berkata Jibril: Ya Allah , Hamba mu si Fulan itu, Sampaikanlah Hajatnya. Jawab Allah: Biarkan hambaku , Aku suka mendengar Rintihan Suaranya. Maka apabila hamba berkata……Ya Rabbi.. Jawab Allah : Labbaika Hambaku ( selamat datang hambaku) tiada engkau berdoa melainkan aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak daripadamu bala”yang lebih besar dari itu.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: