Takutlah Kepada Allah Dengan Sebenar-benar Takut

Aali-Imran [102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Ayat ini merupakan satu perintah supaya takut kepada Allah dengan sebenar-benar takut.

Takutlah untuk meninggalkan perintah Allah dan takutlah daripada melanggar larangannya.

Takutlah untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Allah samada dilihat orang atau tidak.

Takutlah untuk melakukan dosa di hadapan Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa, barulah diberi keberkatan. Takut kepada Allah perlu rapat dengannya dan mendampinginya.

Takutlah kepada Allah zahir dan batin, lakukanlah perintah Allah samada di hadapan orang atau ketika bersendirian.…

Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (Baqarah:287).

Allah SWT mengetahui apa yang kita lakukan mahupun semasa bersendirian atau di dalam gelap atau kita menyuruh atau mengupah orang lain untuk melakukannya. Allah mengetahui segala dosa kita yang dilakukan dihadapannya, bahkan ia direkod oleh malaikat Kiraman Katibin.

Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan

Takutlah kepada Allah samada secara luaran atau dalaman (hati) kerana Allah mengetahui setiap degupan jantung kita Ingatlah Allah dalam setiap detik.

Takutlah kepada Allah kerana dia adalah satu-satunya pencipta dan pemberi rezeki kita. 

An-Nisa [1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya.

Al-Anaam [151] .. Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu 

Latihlah diri agar takut kepada Allah.Di dalam Syurga, ahli syurga bercakap sesama mereka ” Masa di dunia dulu kami sangat takutkan Allah, rupa-rupanya Allah itu sangat pengasih”. Takut itulah yang membawa mereka ke syurga.

At-Tur [25] Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya. At-Tur [26] Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami, selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: