Bersaudara Kerana Agama

…dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)

Hujurat [10] : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara…

Orang mukmin adalah seperti adik-beradik dan mereka adalah bersaudara disebabkan agama mereka.

…dan janganlah kamu bercerai-berai

Dalam Islam; sesama orang Islam yang tidak bertegur sapa selama tiga hari (kerana pergaduhan dan ingin memutuskan persaudaraan) adalah haram (berdosa).  Rasulullah s.a.w. bersabda “Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih daripada tiga hari” ( Riwayat Bukhari).

Perbuatan tidak bertegur sapa sesama Islam  boleh membawa kepada perpecahan yang akhirnya umat Islam menjadi lemah. Orang-orang Islam yang berperang sesama mereka (samada dibunuh atau membunuh) kedua-duanya masuk neraka….(dua-dua mengangkat senjata). Daripada  Abu Bakrah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda Apabila dua orang muslim berkelahi menggunakan pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka” (Riwayat Muslim)

Bersatu adalah rahmat, bercerai berai adalah azab. (Riwayat Baihaqi)

Saling Kuat-Menguati Sesama Muslim

Orang Islam harus saling kuat-menguat antara satu sama ,dan tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia akan menyebabkan mereka menjadi lemah. Pada hari ini umat Islam lemah adalah kerana mereka tidak bersatu. Pepatah Melayu “Bersatu teguh, bercerai roboh” hendaklah dijadikan pegangan dan amalan, begitu juga dengan firman Allah:

Anfal [46] : Dan taatlah kamu kepada Allah s.w.t. dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.

Saling Kasih-Mengasihi Sesama Muslim

Umat Islam hendaklah bersatu dan bersimpati antara satu sama lain sepertimana yang ditunjukkan oleh para sahabat Nabi:

Al-Fath [29] : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). …

Kata pepatah Melayu, “Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit“. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:

Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)

”Daripada Salam, daripada bapanya r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Orang Islam ialah saudara orang Islam yang lain, janganlah dia menganiayai dan jangan pula dia membiarkannya dianiayai oleh pihak musuh. Sesiapa yang menolong saudaranya mencapai apa yang diperlukan, Allah pula akan menolongnya mencapai hajatnya. Dan sesiapa yang melegakan sesuatu kesusahan yang dihadapi oleh seseorang Muslim, nescaya Allah akan melegakan sesuatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan (yang ada) pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat (Riwayat Muslim)

Saling Mendoakan Sesama Muslim

Seorang Muslim juga hendaklah mendoakan saudaranya:

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: