Pentingnya Berdakwah

Ali Imran [104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah (SWT) s.w.t yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf (baik) dan mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar (keji). Jika kalian tidak melakukannya Allah (SWT) s.w.t akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepadanya nescaya tidak akan dimakbulkan.(Riwayat Tirmidzi)

Kita adalah umat terbaik yang ditugaskan untuk berdakwah. Hendaklah ada satu group (walaupun sedikit bilangannya) yang melakukan gerakan dakwah. Serulah manusia agar melakukan kebaikan kerana ia akan terserlah di Hari Kiamat nanti.

Cegahlah Kemungkaran

Disamping mengajak kepada kebaikan, cegahlah kemungkaran yang semakin merebak dan dilakukan secara terbuka, atau sekurang-kurangnya bencilah dengan kemungkaran.

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya (kekuasaanynya), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.”(Riwayat Muslim)

Mengubah dengan tangan bermaksud menggunakan kekuasaan yang dimiliki untuk mengubah kemungkaran. Mengubah dengan lidah ialah secara nasihat. Walaupun nasihat tidak diikuti, sekurang-kurangnya sudah lepas tanggungjawab itu. Selemah-lemah iman ialah benci. Dalam hadith yang lain, siapa yang ada depan maksiat tapi dia tidak redha dengan maksiat itu, (misalnya terpaksa menghadiri urusan kerja yang diadakan majlis tari-menari) maka dia dikira tidak hadir dan tidak berdosa. Sebaliknya, siapa yang tidak berada depan maksiat, tapi dia suka dengan maksiat itu, maka berdosalah dia.

Apabila suatu kesalahan diperbuat di muka bumi maka orang yang melihatnya dan tidak menyukainya seolah-olah tidak hadir di tempat, dan orang yang tidak melihat terjadinya perbuatan tersebut tapi rela maka seolah-olah dia melihatnya. (HR. Abu Dawud)

Bila maksiat sudah terlalu banyak, dan tiada usaha dakwah dilakukan, Allah akan menurunkan azab untuk menyelesaikannya. Bila azab diturunkan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Pada masa azab diturunkan itu doa tidak lagi diterima iaitu doa untuk menolak azab yang datang itu (bila maksiat sudah terlalu banyak). Adakalanya semua akan terkena azab itu termasuk orang-orang soleh. Tetapi orang-orang soleh itu selamat di hari kiamat nanti 

Teknik Dakwah

Berdakwahlah dan nasihatlah dengan cara yang hikmah, baik dan lemah lembut. Para Nabi bersifat Fatonah iaitu bijaksana dalam menyampaikan dakwah mereka, iaitu mereka melihat keadaan atau mood sasaran dakwah mereka. Semasa berdakwah lihatlah keadaan dan ‘mood’ orang yang hendak didakwah itu. Dakwahlah semasa dia berada dalam keadaan tenang dan bukannya semasa dia sedang kelam-kabut atau bermasaalah.

An-Nahl [125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik ;

Berilah nasihat yang baik (Mauizah Hasanah) dan secara lemah lembut. Nabi Musa dan Nabi Harun disuruh berlemah lembut semasa menghadapi raja Firaun (yang mempunyai kuasa politik). Begitu juga para pendakwah dalam menarik manusia kepada Islam

Taha [43] Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya.[44] Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.

Ali-Imran [159] : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah Subhanahuwata’ala (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu

Dalam melakukan kerja dakwah, kita perlu pesan-memesan tentang kebenaran. Dalam hadith disebut “bercakap benarlah walaupun pahit” dan “bercakap benarlah atau diam (jika tiada apa yang baik untuk dikatakan). Kita perlu sabar dengan kemarahan orang kerana akan ada orang yang akan marah atau tidak suka dengan nasihat kita.

Al-Asr [1] Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: