Ikutilah Sunnah Rasulullah

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali-Imran 31)

…dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya … (Hasyr:7)

… dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk (Al-A’raf:158)

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat (Ahzab:21)

Ikutilah Rasulullah s.a.w kerana Baginda telah ditarbiyah oleh Allah. Allah tarbiyah Rasulullah s.a.w, Baginda pula mentarbiyah umatnya. 

Ikutilah Nabi yang Ummi ini samada perbuatannya atau perkataannya kerana dia adalah contoh ikutan.Kita perlu menghormati Rasulullah s.a.w. dan menerima Baginda sebagai seorang ketua untuk dituruti dan duta Allah kepada semua umat Islam.

Ikutilah Nabi Muhammad s.a.w. kerana Baginda tidak memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsunya, melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah.

An-Najm [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.[4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Ikutilah Sunnah Nabi (cara hidup nabi) kerana ia memberi kita dorongan untuk membuat kebaikan. Ada sunnah iaitu cara hidup Nabi yang wajib diikuti dan ada juga yang sunat kita ikut. Sunnah bukan sekadar sunat iaitu “buat dapat pahala, tinggal tak berdosa”, tetapi mengamalkan dan menghidupkannya mempunyai banyak kelebihan yang disebut dalam beberapa hadith seperti mendapat petunjuk, dimasukkan ke dalam syurga, mendapat pahala 100 orang syahid.

Ikutilah akhlak Baginda sebagai seorang suami dan juga ketua keluarga.

Sayangilah 4 perkara iaitu Allah, Rasulullah, Agama Islam dan Orang Islam. Belajarlah 4 perkara iaitu Quran, Hadith, Akidah dan Fekah.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: