Pencipta Yang Maha Agung

Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali-Imran:6)

Az-Zumar [6] …. Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu mencipta manusia dalam 3 kegelapan iaitu kegelapan dalam perut, dalam rahim dan tembuni bayi

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya. 

Daripada hadith yang disebutkan di atas, roh atau nyawa janin mula ditiupkan selepas 120 hari atau 4 bulan. 

Malaikat akan melaporkan kepada Allah SWT apabila air benih berada di dalam rahim.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” (Anas r.a)

Hanya Allah SWT yang mampu  mencipta tulang daripada daging yang keras. Proses ini juga diceritakan dalam Al-Quran:

Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. (Al-Mukminun:13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Al-Mukminun::14)

Allah swt mencipta langit dan bumi, semua makhluk tanpa perlu kepada contoh, acuan dan tanpa perlu membuat ‘draft’ atau ‘drawings” terlebih dahulu, ia terus menjadi.

Allah mencipta dan menjadikan apa yang dikehendaki, itulah sifat iradah Allah. Dia mempunyai kehendaknya sendiri dan berpendirian.

Allah adalah pencipta yang sangat bijak dan memiliki ilmu yang sebenar-benarnya.

Ya-sin [81]…..Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

Setiap ciptaannya adalah unik. Tiada yang sama antara satu sama lain. Allah berkuasa mencipta cap jari yang berbeza bagi setiap manusia di dalam satu kawasan yang kecil.

bahkan Kami berkuasa menyusun(dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Qiyamah:4)

Hanya Allah yang boleh menjadikan makhluk bernyawa. Manusia tidak layak menirunya, malah Allah akan menghidupkan gambar (makhluk bernyawa) yang dilukis itu dan dimasukkan ke dalam neraka bersama pelukis gambar untuk memukul pelukisnya:-

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Orang-orang yang membuat atau melukis gambar-gambar akan disiksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: