Muhkamat vs Mutasyaabihaat

…Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya)…(Ali-Imran:7)..

1) Ayat yang difahami makna dan maksudnya (Muhkamaat).

Ayat-ayat ini adalah berkaitan akidah dan hukum-hakam.Ayat-ayat ini jelas, mantap dan difahami makna serta maksudnya.

2) Ayat yang difahami makna tetapi tidak difahami maksudnya (Mutasyaabihat) 

Maidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) ……….. dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan

Mazhab Syafie mengambil makna asal perkataan sentuh. Mazhab Hanafi pula berpendapat sentuh itu bermaksud melakukan hubungan seks sepertimana yang dimaksudkan dalam ayat yang lain.

Baqarah [236] Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka

Perbezaan pendapat ini sebenarnya merupakan satu rahmat Allah SWT kerana ia memberi jalan keluar dalam sesuatu ibadah. Misalnya ayat berkaitan menyapu sebahagian kepala:

Al-Maidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu,

Mazhab Syafie hanya mensyarat sedikit sahaja kepala yang disapu, mazhab Hanafi pula mensyaratkan satu perempat manakala mazhab Maliki mensyaratkan seluruh kepala. Pendapat para imam mujtahid 4 mazhab dijamin satu pahala walaupun salah ijtihad mereka. “Apabila seorang hakim akan memutuskan perkara, lalu ia melakukan ijtihad, kemudian ijtihadnya benar, maka ia memperoleh dua pahala (pahala ijtihad dan pahala kebenarannya). Jika hakim akan memutuskan perkara, dan ia berijtihad, kemudian hasil ijtihadnya salah, maka ia mendapat satu pahala (pahala ijtihadnya).” (Riwayat Bukhari Muslim).

3) Ayat yang tidak diketahui makna dan maksudnya.

Antara contohnya ialah Alif Lam Mim, To-Ha, Kaf Ha Ya Ain Sod. Hanya Allah SWT yang mengetahui makna dan maksud sebenarnya. Rasulullah SAW juga ada perkara yang Baginda tidak tahu yang dirujuk kepada Malaikat Jibrail. Sahabat Baginda pula merujuk kepada Baginda Mulia dalam hal-hal yang mereka tidak ketahui.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: