Neraka yang Sangat Gelap

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Api neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang kelam.”(Tirmizi, Muwatta’)

Neraka adalah satu tempat yang gelap walaupun ia adalah daripada api. Api dan asapnya gelap gelita dan tiada cahaya (neraka berlapis-lapis, namun telalu gelap sehingga tidak boleh melihat antara setiap lapisan). 3000 tahun dibakar. 1000 tahun api merah, 1000 tahun api putih, 1000 tahun api hitam. Apabila apinya betul-betul semarak ia menjadi keras sehingga tidak nampak antara setiap lapisan.

Apabila orang kafir naik ke lapisan atas dan hendak keluar dari neraka, mereka dicampak kembali oleh malaikat ke dalamnya:

Al-Hajj [22] Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar!

Oleh itu sayangilah Allah dan berhati-hatilah agar tidak dimurkai Allah. Apabila Allah murka, nerakalah tempatnya.

Aku telah menciptakan syurga bagi mereka yang telah menyembah-Ku, dan yang telah mentaati-Ku daripada mereka, dan mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli (wa la ubali).

Aku telah menciptakan neraka bagi mereka yang telah menderhaka kepada-Ku (wa khalq-tu al-Nara li-man ‘asa-ni), tidak mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli

Kita diberi dua jalan pilihan untuk menentukan samada masa depan kita gelap atau cerah, syurga atau neraka.

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (Balad:10)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: