Sakitnya Sakaratul Maut

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadits : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang yang tembus ke jantung” (HR Tirmidzi).  Rasulullah s.a.w. bersabda, apabila salah seorang daripada kamu apabila hendak meninggal dunia, hendaklah ia mempunyai keyakinan yang baik terhadap Allah.

Sakaratul maut akan ditempuhi setiap orang samada secara sukar(berat) atau senang (ringan). Rasulullah wafat dalam keadaan sukar (sakit). Aisyah r.a. tidak merasa irihati dengan orang yang ringan sakaraul maut kerana beliau melihat sendiri beratnya sakaratul maut Rasulullah s.a.w. Sayyidina Umar r.a. mengatakan sekiranya sesorang mempunyai dosa yang belum selesai, sakaratul mautnya sukar kerana Allah hendak menghapuskan dosanya dan menaikkan darjatnya.

Kesukaran sakaratul maut itu ada hikmahnya, mungkin Allah hendak mengampunkan dosa atau meninggikan darjatnya. Ada orang melihat buku amalannya bersih (iaitu tiada kejahatan, walaupun dia pernah melakukannya), rupa-rupanya Allah telah menghapuskan dosanya kerana dia telah sakit beberapa tahun sebelum kematiannya.

Seperti perempuan bersalin, dihapuskan dosa dan diberi pahala. Begitu juga isteri yang memasak dan menjaga anaknya, walaupun ia bukan tugasnya.

Semua benda yang sukar dan musibah Allah beri pampasan pahala yang sesuai dengan musibah yang ditempuhinya. (kecuali yang sengaja dicari)

Berbeza dengan orang kafir yang buat kebajikan, dibayar kebaikannya terus semasa di dunia (samada melalui kekayaan atau lain-lain kesenangan) kerana mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Mereka dimudahkan sakaratul maut kerana akan diseksa kelak. Semasa di hari kiamat mereka minta balasan atas kebajikan mereka, jawab Allah dalam firmannya:

Al-Ahqaf [20] Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

Dalam menghadapi sakaraul maut ingatlah Allah, kerana masa itu adalah masa ujian. Syaitan akan datang dan menggunakan kepandainya untuk mematikan manusia dalam keadaan kafir, samada menjelma sebagai ibu, bapa, kawan atau guru yang kita hormati dan menyeru supaya beriman dengan agama Nabi Musa, Nabi Isa dan meninggalkan Islam.

Pertahankan iman kita dalam keadaan sakit itu dengan mengingati Allah dengan bersungguh-sungguh dan minta pertolongannya. Orang kafir bertanya di padang Masyar mengapa mereka dilupakan:

Al-A’raf [51] ……Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

Allah akan melupakan orang yang tidak mengingatinya.

Selain itu berharaplah dengan rahmat Allah dan bukan dengan amalan kita. Latihlah diri kita untuk takut dan menyayangi Allah lebih dari segala-galanya. Perasaan takut kepada Allah itu perlu kepada ilmu. Ilmu pula perlu kepada guru, guru yang mursyid, takutkan Allah, guru yang benar dan beramal dengan ilmunya. “Kepimpinan melalui tauladan”, Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai seorang guru sangat takutkan Allah.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: