Firaun

(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya. (Ali-Imran:11)
Allah SWT merakamkan perkataan Firaun di dalam Al-Quran. Firaun adalah gelaran bagi raja Mesir. Raja Firaun adalah raja yang berkaitan dengan Nabi Musa, seorang yang zalim dan bijak berkata-kata. Allah s.w.t. telah menyuruh Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun kerana dia adalah seorang raja yang zalim dan mengaku bahawa dia adalah tuhan.

Taha [43] Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya.[44] Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.

An-Naziat [21] Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah); [22] Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). [23] Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; [24] Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi.

Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (Baqarah:50)

Taubat Firaun tidak diterima kerana taubatnya sudah “expired” (tanat tempoh) dan nyawanya sudah sampai ke halkum pada masa itu, lalu Malaikat Jibril menyumbat mulutnya dengan pasir:

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah” (Shahih, HR. Turmudzi Hadis riwayat Abu Hurairah ra.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: