Hari Manusia Dikumpulkan

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Ali-Imran:9)

Dikumpulkan semua manusia dari awal kejadian hingga akhir untuk diperiksa iman dan amalan mereka. Pada hari itu semua manusia dari zaman Nabi Adam AS, sampai ke zaman Nabi besar junjungan kekasih Allah SWT, termasuk semua jin biasa, jin yang terlalu jahat yang telah menjadi syaitan, dan semua jenis binatang akan dikumpulkan dengan qudrat (kuasa Allah SWT) yang telah mencipta mereka di Padang yang dikenali dengan Mahsyar (Padang yang dikumpulkan). Sudah tentu amat ramai bilangannya, lelaki dan perempuan.

Kebanyakan mereka dikumpulkan dalam keadaan bertelanjang bulat (hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Siti Aisyah RA dan Abdullah Bin Masud) Tiada lagi perasaan malu diantara mereka. Kemudian diberi pakaian kepada mereka yang telah berjaya mentaati Allah SWT.

Kita dibawa ke dunia untuk diuji dan diberi kebebasan melakukan apa sahaja yang diingini. Dunia bermakna dekat dan rendah. Dekat dengan kita tetapi rendah mutunya berbanding akhirat dan syurga.

Dikumpulkan semua manusia pada hari yg tiada syak iaitu hari “Qiyamat” yang bermaksud kebangkitan semula. Manusia akan dihidupkan semula dari tulang sulbi mereka. 

Allah SWT tidak akan mungkir janjinya untuk kumpulkan manusia pada hari itu.  Semua manusia, jin dan binatang dihimpunkan. Malaikat menyeru mereka ke Padang Mahsyar.

Ta-Ha [108] Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

Sabda Rasullah SAW: “Semua manusia akan dikumpulkan di hari Kiamat di satu tempat. Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: `Di manakah mereka yang meninggalkan tempat tidurnya dan menghabiskan malamnya dengan beribadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk Syurga tanpa hisab.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: