Penerimaan Taubat Kerana Kejahilan

Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa:17)

Ada dua pendapat ulama dalam kes ini.

Pendapat pertama mengatakan bahawa orang yang melakukan dosa kerana kejahilannya sahaja yang boleh bertaubat.

Pendapat kedua pula ialah orang yang melakukan dosa itu sebenarnya adalah seorang yang jahil (walaupun dia mengetahui). Mereka ini masih boleh bertaubat dan hendaklah tidak mengekalkan (berterusan dalam melakukan dosa)

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali-Imran:135)

Kesimpulannya, mereka yang melakukan dosa samada kerana jahil atau tidak (tahu perkara yang dilakukan itu salah) masih boleh bertaubat selagi tidak menghampiri kematian atau tidak mati dalam kekafiran..

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, (sedang taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nisaa:18)

Wahai Tuhan ampuni kesalahanku, kejahilanku dan keterlanjuranku semuanya, dan apa yang Engkau lebih tahu tentangnya daripada aku, Ya Allah ampuni aku, juga kesengajaanku, kebodohanku, dan kealpaanku, dan semuanya daripada aku, Ya Allah ampuni dosa apa yang terdahulu dan apa yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang nyata, Engkau Yang Terdahulu dan Engkaulah Yang Tiada Kesudahan, dan Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (Riwayat Al Bukhari)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: