Dirikanlah Solat

Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan (Riwayat Tabrani). Daripada Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Kata ulama “Sembahyang adalah anak kunci yang mempunyai lima bilah (gigi)” iaitu lima waktu sembahyang fardhu. Sembahyang yang betul dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah. Sembahyang juga memadamkan dosa-dosa kecil yang dilakukan terhadap Allah SWT.

Sembahyang adalah ‘munajat’ atau ‘hubungan peribadi’ (personal contact dengan Allah). Solat juga merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w. apabila Baginda mempunyai kerisauan. Sembahyang juga adalah sebagai tanda menunjukkan kita bersyukur dengan hidayah dan segala nikmat Allah terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam.  Baca baki entri ini »

Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Nabi Muhammad adalah orang suruhan Allah swt, sebagai pesuruh yang menyampaikan kebenaran iaitu agama Islam, nabi hanya menyampaikan apa yang disuruh tanpa ada sebarang tambahan. Baginda Mulia adalah pembawa berita gembira kepada mereka yang beriman dan pembawa amaran kepada mereka yang ingkar. Baginda juga adalah penyampai akhlak ikutan untuk diikuti dan duta Allah kepada semua umat Islam. Baca baki entri ini »

Tiada Tuhan Selain Allah

Allah adalah salah satu daripada nama yang diperkenalkan kepada kita, makhluknya. Hanya Allah SWT tuhan yang esa yang layak disembah. Dialah satu-satunya tuhan. Dialah tuhan kepada segala makhluk samada manusia atau jin. Allah SWT adalah pencipta yang tunggal yang esa, raja segala raja, pemberi rezeki dan pelindung yang maha agung. Selain Allah SWT adalah makhluk yang diciptakannya. Manusia bersifat lemah. Manusia akan menyembah apa sahaja yang dianggap mempunyai kesaktian samada jin, dewa, batu, kayu atau berhala. Semua itu adalah tuhan yang direka kerana mereka juga adalah makhluk Allah SWT. Rezeki, perlindungan, ilmu, hidayah, nikmat, keselamatan, kemewahan semuanya diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai makhluknya.

Baca baki entri ini »

Allahu Akbar, Membesarkan Allah Melalui Solah

Azan adalah seruan yang mengandungi kalimah-kalimah yang membesarkan Allah (Allahuakbar). Aisyah r.a pernah menceritakan apabila azan dilaungkan, Nabi Muhammad SAW seakan-akan sudah tidak kenal kami ( isteri-isteri ) lagi. Tiada yang lebih besar atau agung melainkan “boss segala boss” dan “raja segala raja”. Antara cara membesarkan (mengagungkan) Allah dalam solat ialah dengan berjemaah, mencantikkan solat, mencantikkan pakaian solat dan menjaga ingatan agar fokus kepada solat yang dilakukan. Baca baki entri ini »

Apa Yang Lebih Baik Dari Kesenangan Dunia

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. (Ali-Imran:15) Baca baki entri ini »

Rukun Islam

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Umar ibn al-Khattab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Islam itu terbina atas lima perkara; Naik saksi mengakui bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan (Riwayat Muslim). Baca baki entri ini »

Ujian Sebagai Pemimpin Keluarga

At-Tahrim [6[ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka….

An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..

At-Taghabun [14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. 

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang….  (TaHa:132).  Baca baki entri ini »

Ujian Harta

Rasulullah saw bersabda, “Perumpamaan orang yang cinta pada dunia ibarat orang yang berjalan di atas air. Dapatkah orang berjalan di atas air, kakinya tidak basah?” (Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Al-Baihaqi). Baca baki entri ini »

Antara Ujian Di Dunia

Ali-Imran [14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Baca baki entri ini »

Kurangkanlah Makan

Rasulullah saw bersabda, perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a). Orang yang paling disukai Allah di antara kamu adalah yang paling sedikit makannya dan paling ringan badannya (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.). Apabila seseorang sedikit makan, maka perutnya dipenuhi cahaya.(Riwayat Ad-Dailami melalui Abu Hurairah r.a.).  Baca baki entri ini »

Ahli Syurga Diberikan Apa Saja Yang Dikehendaki dan Kekal Di dalamnya

Anbiya [102] : …. mereka akan kekal selama-lamanya didalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka. Baca baki entri ini »

Cara Mengganti Solat Yang Lama Ditinggalkan Atau Tertinggal

Cukupkanlah bilangan solat kerana ia adalah amalan pertama yang diperiksa dan ia juga merupakan tiket dan anak kunci syurga. Baca baki entri ini »

Islam itu Agama Yang Muktamad, Diakui dan Diiktraf Allah

Ali-Imran [19] Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.  Baca baki entri ini »