Ahli Syurga Diberikan Apa Saja Yang Dikehendaki dan Kekal Di dalamnya

Anbiya [102] : …. mereka akan kekal selama-lamanya didalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

Jaminan Allah SWT Bahawa Ahli Syurga Kekal Di dalamnya

Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman kepada ahli syurga: Wahai penghuni syurga! Mereka menjawab: Kami telah menyahut seruan-Mu wahai Tuhan kami, dan segala kebaikan ada di sisi-Mu. Allah bertanya: Apakah kamu sudah merasa puas? Mereka menjawab: Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, kerana Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu. Allah bertanya lagi: Mahukah kamu Aku berikan yang lebih baik lagi daripada itu? Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik daripada itu? Allah menjawab: Akan Aku limpahkan keredaan-Ku ke atas kamu dan setelah itu Aku tidak akan murka kepada kamu untuk selamanya (Hadis qudsi riwayat Abu Said Al-Khudri r.a.)

Diberikan Apa Sahaja Yang Diingini 

At-Tur [22] : Dan (penduduk syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.

Pohon di syurga boleh melentur bagi memudahkan ahlinya makan:

Al-Insan [14] : Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

As-Saffat [45] : Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. {46] Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya.{47 Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.

Nikmat Yang Paling Besar Ialah Nikmat Melihat Allah s.w.t.

Diriwayatkan oleh sahabat Shuhaib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :”Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah s.w.t. bertitah, “Mahu kamu sekiranya aku tambahkan sesuatu ?  Mereka menjawab “’Bukankah Engkau telah jadikan wajah-wajah kami bersinar, bukankah Engkau telah masukkan kami ke dalam syurga dan Engkau selamatkan kami daripada neraka?’.  Lalu Allah membuka tabir yang menghalangi mereka daripada Allah s.w.t, maka tiadalah mereka diberi suatu kenikmatan yang lebih mereka sukai dan nikmati daripada memandang pada Tuhan mereka Yang Maha Agung dan Luhur. (Shahih Bukhari)

Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, banyak muka akan melihat Allah semasa mereka berada di dalam syurga.

Qiyamah [22] : Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; [23] : Melihat kepada Tuhannya.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: