Cara Mengganti Solat Yang Lama Ditinggalkan Atau Tertinggal

Cukupkanlah bilangan solat kerana ia adalah amalan pertama yang diperiksa dan ia juga merupakan tiket dan anak kunci syurga.

Maksud Qadha

Qadha (ganti) ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya.

Niat

Tidak perlu sebut perkataan “qadha” semasa niat. Secara mudahnya tunai itu “waktu Allah”, qadha “waktu kita”. 

Anggaran dan Cara

Buatlah kira-kira dan agak-agaklah bilangan sembahyang yang ditinggalkan dan gantilah. Misalnya akil baligh atau cukup umur 15 tahun tetapi hanya mula solat pada umur 20 tahun, maka gantilah 5 tahun solat dan buat begini selama 5 tahun:
1) Lakukan Solat Fardhu Subuh, kemudian ganti Subuh yang tertinggal,
2) Lakukan Solat Fardhu Zohor, kemudian ganti Zohor yang tertinggal
3) Lakukan Solat Fardhu Asar, kemudian ganti Asar yang tertinggal
4) Lakukan Solat Fardhu Maghrib, kemudian ganti Maghrib yang tertinggal
5) Lakukan Solat Fardhu Isyak, kemudian ganti Isyak yang tertinggal

Setidak-tidaknya kita sudah mengganti sebahagian sembahyang yang ditinggalkan. Kalau meninggal dunia sebelum cukup bilangan sembahyang untuk diganti, moga-moga dimaafkan Allah..

Waktu

Solat qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak tertakluk pada mana-mana waktu fardhu yang ditinggalkan.

6 Respons to “Cara Mengganti Solat Yang Lama Ditinggalkan Atau Tertinggal”

  1. waris ris Says:

    Assalamualaikum,
    terima kasih atas pencerahan yang saudara terangkan
    semoga saudara sentiasa mendapat perlindungan dariNya.
    saya sentiasa mengikuti blog saudara, dah banyak telah saya dalami dan fahami
    tentang agama melalui blog saudara. harap saudara dapat terus kan dakwah ini demi agama kita dan sihat sentiasa. Aamiin.
    Wassalam.

  2. nik shaffiq Says:

    boleh x qada solat subuh slps solat fardu zohor?

  3. ANONYMOUS Says:

    Soalan saya
    Kalau saudara kata tak payah sebut qada, jadi. Niatnya macam mana? Boleh tolong bagi niatnya?.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: