Islam itu Agama Yang Muktamad, Diakui dan Diiktraf Allah

Ali-Imran [19] Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. 

Islam adalah sebesar-besar nikmat kurniaan Allah.

Hendaklah kita bersyukur dengan segala nikmat Allah terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam.

Islam adalah cahaya hidayah untuk kembali ke syurga  yang ditunjukkan melalui Al-Quran dan Hadith. 

Orang-orang yang mendapat suluhan cahaya hidayah Allah swt akan merasa mudah dan senang untuk memahami Islam. Sebaliknya mereka yang berada dalam kegelapan adalah sukar untuk memahami Islam.

Islam adalah agama yang muktamad, satu-satunya agama yang diakui dan diiktiraf Allah

Islam bermakna selamat sejahtera dunia akhirat.

Daripada Abdullah bin `Amru r.a., daripada Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Seseorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah yang terselamat orang-orang Islam dari lidahnya dan tangannya; (Bukhari).

Islam adalah satu-satunya agama rasmi di Hari Kiamat

Hari Kiamat juga dikenali sebagai hari agama (Yau-mid-deen). Pada hari itu perbicaraan dijalankan mengikut agama Islam kerana agama rasmi yang diterima Allah hanyalah Islam.

Islam juga bermakna tunduk dan patuh kepada perintah serta berserah kepada Allah

Islam juga adalah agama semua nabi terdahulu hanya syariat sahaja yang berbeza

Syariat hanya diwajibkan bermula pada zaman Nabi Nuh. Syariat pada zaman Nabi Musa mewajibkan mereka yang syirik kepada Allah membunuh diri untuk bertaubat . Ini kerana umat terdahulu lebih degil, maka lebih keraslah hukuman ke atas mereka. Syariat mereka juga lebih berat berbanding syariat umat Muhammad yang hanya perlu mengucapkan istigfar untuk bertaubat. Selain itu umat terdahulu perlu memotong pakaian yang terkena najis, umat Muhammad pula hanya perlu membasuh kain mereka untuk menghilangkan najis.

Islam itu 5 perkara, dimulai dengan kalimah syahadah.

Kalimah syahadah bukan sekadar diucapkan di lidah tetapi ia hendaklah diterima oleh hati manusia bahawa “Allah itu adalah tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruhnya.

Solat itu tiang agama Islam.

Cukupkanlah bilangan solat kerana ia adalah amalan pertama dikira di Hari Kiamat.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: