Kurangkanlah Makan

Rasulullah saw bersabda, perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a). Orang yang paling disukai Allah di antara kamu adalah yang paling sedikit makannya dan paling ringan badannya (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.). Apabila seseorang sedikit makan, maka perutnya dipenuhi cahaya.(Riwayat Ad-Dailami melalui Abu Hurairah r.a.). 

Besar perut, bermaksud, banyak makan, kemewahan. Mereka yang banyak makan, akan membesarkan perut, ia akan mewarisi kelembapan dan menjadi kurang cergas.

Bila seseorang itu kurang makan, Allah swt akan melahirkan cahaya (nur) di dalam dirinya dan memberi kekuatan untuk mendampingi Allah. Apabila lapar juga akal aktif bergerak, Imam Nawawi juga banyak berpuasa dan menulis kitabnya dalam keadaan lapar. .

Nafsu dijana melalui darah yang terhasil daripada makanan. Namun makanan yang dimakan oleh Rasulullah s.a.w tidak menjana nafsu yang buruk kerana makanan yang dimakannya olehnya turut berzikir. Diriwayatkan oleh Abdullah: “Sesungguhnya kami mendengar makanan yang dimakan Rasulullah SAW mengagungkan nama Allah.” (Sahih Bukhari)

Selain nafsu, syaitan juga membantu sebagai pemangkin. Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Baginda bimbang apabila umatnya terlalu kenyang kerana ia boleh menyebabkan mereka malas untuk berjihad

Makanan juga adalah punca kepada kebanyakan penyakit. Maka apabila seseorang itu banyak makan, maka banyaklah penyakitnya. 

Rasulullah saw sendiri banyak berlapar. Dikatakan Baginda tidak pernah makan roti 2 hari berturut-turut. Baginda juga menyediakan bekalan makanan yang mencukupi untuk setahun bagi keperluan para isterinya. Namun bekalan itu hanya cukup untuk setengah tahun sahaja, kerana ia digunakan untuk membantu mereka yang kesusahan.

Rasulullah SAW makan hanya ketika benar-benar lapar, dan tidak benar-benar mengenyangkan. Dalam satu hadith disebut ” Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali bila merasa lapar dan apabila kami makan, maka tidak sampai sekenyang-kenyangnya” (ketika menolak tawaran untuk diberikan tabib atau doktor)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: