Antara Ujian Di Dunia

Ali-Imran [14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Antara ujian bagi manusia di dunia ini adalah nafsu syahwat, perempuan, anak-anak dan harta dan semua ini dipercantikkan kepada manusia.

Nafsu Syahwat.

Nafsu yang dilepaskan pada haknya iaitu pada tempat yang halal diberi pahala. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis :

Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?Bersabda Nabi Muhammad: Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala!” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang menjaga nafsunya iaitu alat kelamin daripada digunakan pada tempat yang haram dan digunakan pada tempat yang halal turut diberikan syurga.

Al-Mukminun [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

Al-Mukminun [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela…

Al-Mukminun [10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.

Al-Mukminun[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya

Nafsu tidak mempunyai mata atau telinga. Adakalanya ia disalahguna dan manusia merajakan nafsu sehingga sanggup berzina. Salahguna nafsu syahwat tempatnya ialah neraka: 

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)

Ujian Isteri,Anak dan Harta. 

Anak-pinak dan harta benda itu adalah ujian dan ia boleh menjadi musuh kalau tidak dijaga. Sememangnya fitrah manusia sayang dan cinta kepada anak-isteri dan harta mereka. 

At-Taghabun[15] Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

Al-Munafiqun [9] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Harta juga boleh menyebabkan manusia dimasukkan ke dalam neraka sekiranya tidak dikeluarkan zakat atau harta itu diperolehi dari sumber yang haram atau dibelanjakan pada tempat yang haram.

Seorang anak yang mengabaikan ibubapanya dan mengutamakan anak isterinya juga boleh menyebabkan ia terhumban ke neraka.

Kesenangan Disana Jauh Lebih Baik

Semua harta-benda dan kemewahan dunia ini akan ditinggalkan. Kejayaan sebenar adalah apabila kita berjaya kembali kepada Allah, tuan punya syurga. Walaupun kesenangan dan kemewahan disini sudah cukup hebat tapi disana jauh lebih hebat.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: