Ujian Harta

Rasulullah saw bersabda, “Perumpamaan orang yang cinta pada dunia ibarat orang yang berjalan di atas air. Dapatkah orang berjalan di atas air, kakinya tidak basah?” (Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Al-Baihaqi).

Islam tidak melarang kita mencari harta, cuma perlu berhati-hati. Orang Islam perlu dunia untuk sampai ke akhirat, seperti sampan perlukan air untuk bergerak. Jika air masuk ke dalam sampan, tenggelamlah sampan itu. Begitu juga dunia, jika ia sudah masuk ke dalam hati (terlalu kasihkan dunia), maka tenggelamlah manusia dalam dunia ini. Manusia sememangnya sayangkan harta seperti diterangkan dalam Al-Quran. Harta itu “lekat” dihati mereka. 

Al-Aadiyat [8] Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba)
Al-Fajr [20] Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!


Dalam mendapatkan harta, jauhilah harta yang diperolehi dengan cara yang haram atau melaui penipuan. Walaupun masih lepas dan selamat di mahkamah dunia, ia akan tetap dibicarakan di Mahkamah Allah. Carilah harta dengan cara yang bermaruah. Janganlah sehingga sanggup menggadaikan maruah kerana jika Allah SWT tidak takdirkan milik kita harta itu, kita tetap tidak akan dapat harta itu.


Allah SWT melihat daripada mana kita mendapatkan harta itu (samada daripada sumber yang halal atau haram) dan ke mana ia dibelanjakan. Ada orang yang mendapat rezeki yang daripada sumber yang haram dan mengatakan “nak buat macam mana dah memang rezeki saya”. Sememangnya Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat semua rezeki samada halal atau haram adalah daripada Allah, namun rezeki yang haram akan diambilkira dalam perhitungan Allah nanti:


Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?


Carilah harta untuk keperluan Islam sebagaimana Sayyidina Abu Bakar memberikan kesemua hartanya untuk keperluan Islam di dalam satu perang. Sayyidina Umar pula memberikan separuh hartanya.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.anhu berkata :” Sayyidina Uthman r.anhu membeli syurga daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak dua kali dengan jual beli yang hak (benar), (pertama) setelah Sayyidina Uthman r.a. menggali perigi rumah , dan (kedua) setelah menyiapkan bala tentera pada masa kesulitan.” (Riwayat Imam Al-Hakimrah. di dalam Al-Mustadrak).

Hanya orang yang benar-benar takutkan Allah dapat mengeluarkan zakat.

Al-Lail [17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa; Al-Lail [18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya.

Carilah harta tetapi jangan cuai dan terlalu menyayanginya.

Fatir [5] Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar;maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

Syurga dipenuhi dengan orang miskin walaupun orang kaya lebih mudah untuk memasukinya kerana mereka mempunyai harta yang lebih untuk bersedekah.

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. …..

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: