Rukun Islam

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Umar ibn al-Khattab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Islam itu terbina atas lima perkara; Naik saksi mengakui bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan (Riwayat Muslim).

1) “Naik saksi” atau “mempertahankan dua kalimah syahadah” bahawa Allah ialah tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhnya. Selain Allah itu adalah makhluk dan bukan tuhan, bahkan Allah jualah yang menciptakan segalanya.

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:163).

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (Al-Ikhlas:1)

Nabi Muhammad itu adalah Rasul iaitu utusan pesuruh Allah yang menyampaikan apa yang disuruh (kebenaran Islam) tanpa ada sebarang tokok-tambah. Begitulah amanahnya Nabi kita.

Dua Kalimah Syahadah ini bukanlah sekadar diucapkan tetapi ia juga hendaklah diyakini di dalam hati. Setelah meyakini kalimah syahadah itu, kita hendaklah melakukan rukun yang ke dua iaitu solat.

2) Sembahyang lima waktu sehari semalam, 17 rakaat setiap hari bagi orang Islam yang telah baligh (sampai umur atau cukup umur).

Matlamat sembahyang 5 waktu ialah menghubungkan umat Islam dengan Allah s.w.t. sebanyak 5 kali sehari (hablun minallah). Semua sembahyang fardhu adalah “hak Allah” atau syariat yang wajib dikerjakan. Selain itu ada juga sembahyang sunat yang diajar oleh Nabi kita untuk menampung kekurangan sembahyang fardhu.

3) Zakat menghubungkan antara golongan kaya dan golongan miskin (hablun minan nas). Zakat hanya diwajibkan pada harta dari sumber yang halal sahaja yang cukup nisab dan haulmya (tempoh setahun kalendar Islam).

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik.

Allah telah menjanjikan bahawa orang yang mengeluarkan zakat akan bebas dari neraka.

Al-Lail [17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa;[18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,

4) Ibadah haji pula melahirkan perasaan kasih sayang kepada Allah. Haji hanya wajib apabila seseorang itu mempunyai harta yang halal, sihat tubuh badan dan aman perjalanan.

Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”

Bagi perempuan ditambah satu syarat lagi iaitu bila ada mahram seperti suami atau keluarga terdekat. Sahabat juga pernah bertanya kepada Nabi tentang berapa kalikah wajibnya ibadat haji, jawab Nabi cuma sekali seumur hidup.

5) Puasa pula hanya wajib sebulan setahun iaitu pada bulan Ramadhan.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), …. (Baqarah: 184) (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan…

Matlamat ibadat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Baqarah:183)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: