Apa Yang Lebih Baik Dari Kesenangan Dunia

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. (Ali-Imran:15)

Syurga disediakan untuk hamba Allah yang bertakwa yang tidak dapat dibayangkan oleh akal. Orang yg bertakwa menjaga solatnya, banyak beristigfar, menjaga sempadan halal haram dan patuh pada Allah SWT.

Tiada yang lebih indah daripada syurga. Di dalamnya terdapat keseronokan yang mempersonakan. Bunyi-bunyian muzik yang mengasyikkan. Makanan yang lazat, minuman yang tidak dicemari toksik, bahkan tidak perlu membuang air, udara yang nyaman, cuacanya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, pemandangan yang menyihatkan mata, pakaian yang berkualiti, Di sana juga terdapat mahligai (istana) yang diperbuat daripada kaca, emas, perak. Semuanya tidak dapat difikirkan oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata.

Satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Allah SWT berfirman: “Aku sudah menyediakan buat hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga serta belum pernah terlintas oleh hati seseorang.”

Tiada tandas hanya peluh wangi

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda ; “Kelompok pertama yang akan masuk ke syurga akan bercahaya seperti bulan purnama. Di syurga, mereka tidak akan meludah, membuang hingus atau membuang air besar. Bejana mereka dibuat daripada emas. Sikat dari emas dan perak, alat pemanggang (dupa) dari kayu cendana, harum peluh mereka bagaikan wangi kasturi. Setiap penghuninya memiliki dua isteri, kulitnya sangat licin dan wajahnya teramat cantik. Mereka tidak akan berselisih faham, hati mereka bersatu dan mereka mengagungkan Allah setiap pagi dan petang.” (Hadis riwayat Bukhari.)

Tiada anak walaupun ramai isteri.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Adakah kita akan mempunyai isteri di syurga?” Maka, baginda menjawab, ” Orang-orang yang soleh akan dinikahkan dengan wanita-wanita yang solehah. Kalian akan merasakan kenikmatan sebagaimana isteri-isteri kalian juga akan merasakan kenikmatan waktu di dunia. Perbedzaannya, hubungan intim di syurga tidak menyebabkan kehamilan.” (Hadis Riwayat Ahmad) 

Tidak tua, sentiasa muda.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Setiap lelaki yang masuk syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Tiada ibadat hanyalah rehat
Yaa-Siin [55] : Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Yaa-Siin [56]

Anbiya [102] : …. mereka akan kekal selama-lamanya didalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

Diberi segala keinginan hati, kekal di dalamnya, kekal dalam keredhaan Allah. Seronoknya syurga.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: