Allahu Akbar, Membesarkan Allah Melalui Solah

Azan adalah seruan yang mengandungi kalimah-kalimah yang membesarkan Allah (Allahuakbar). Aisyah r.a pernah menceritakan apabila azan dilaungkan, Nabi Muhammad SAW seakan-akan sudah tidak kenal kami ( isteri-isteri ) lagi. Tiada yang lebih besar atau agung melainkan “boss segala boss” dan “raja segala raja”. Antara cara membesarkan (mengagungkan) Allah dalam solat ialah dengan berjemaah, mencantikkan solat, mencantikkan pakaian solat dan menjaga ingatan agar fokus kepada solat yang dilakukan.

Membesarkan Allah Dengan Mencantikkan Solat

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan” iaitu sembahyang yang terakhir sepertimana orang melakukan tawaf wada’ (tawaf perpisahan). Maka lakukanlah ia sebaik mungkin kerana selepas ini mungkin tiada lagi peluang untuk sembahyang.

Cantikkanlah sembahyang seolah-olah kita tiada peluang lagi untuk bersembahyang selepas ini. Kalau kita meninggal dunia pun, kita boleh berpuas hati kerana telah melakukan sembahyang sebaik mungkin kepada “Boss segala Boss” dan “Raja segala Raja”

Membesarkan Allah Dengan Mengingati Allah Di Dalam Solah

Ingatlah Allah dalam sembahyang dengan sepenuh hati, sembahyanglah seolah -olah Allah melihat kita. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Kalau “Boss” di pejabat melihat kita melakukan sesuatu kerja, sudah tentu kita akan melakukannya dengan sebaik mungkin. Boss di pejabat hanya mampu melihat apa yang nampak dimatanya. “Boss segala Boss” ini mampu melihat semua makhluknya kerana ia melihat dengan penglihatannya yang tidak terbatas. Maka apabila bersembahyang kepada “Boss segala Boss”, sepatutnya kita melakukannya sebaik mungkin, seolah-olah ini sembahyang yang “last”.

Dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Kalau “Boss” di pejabat melihat kita melakukan sesuatu kerja, sudah tentu kita akan melakukannya dengan sebaik mungkin. Boss di pejabat hanya mampu melihat apa yang nampak dimatanya. “Boss segala Boss” ini mampu melihat semua makhluknya kerana ia melihat dengan penglihatannya yang tidak terbatas.

Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat ingatkan Allah agar tidak terkena celaan Allah:-

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Dalam hadith yang lain sembahyang itu seperti berkata-kata dengan Allah, maka berhati-hatilah dalam percakapan dengan Allah agar apa yang dicakap itu sama dengan apa yang difikir atau diingati.

Sembahyang itu juga adalah munajat, iaitu “personal contact” atau hubungan peribadi dengan Allah. Kerana itu kita dilarang menggangu orang yang sedang bersembahyang samada melintas di hadapannya, membaca quran atau berzikir dengan terlalu kuat. Ini dibimbangi menggangu perhubungan dan percakapannya dengan Allah SWT. Perbuatan itu mungkin menjadi sebab terputusnya perasaan, atau ingatan yang sedang dijalinkan oleh hamba Allah dengan tuannya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya maka hendaklah kamu perhatikan apakah yang dimunajatkannya dan janganlah kamu menguatkan suara dengan membaca al-Quran. (diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Membesarkan Allah Dengan Berpakaian Yang Cantik

Pakailah pakaian yang cantik dan bersih untuk pergi ke masjid atau ketika sembahyang sunat bersendirian di rumah. Dalam hadith disebut “Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya”. Juga disebut “Allah ada di antara orang yang sedang sembahyang dan Kaabah”. Oleh itu pakailah pakaian yang cantik dan bersih untuk menghadap Allah, Raja kepada segala Raja. Imam Abu Hanifah memakai minyak attar (wangi) dan berserban setiap kali beliau sembahyang tahajjud.

A’raf [31] Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Allah Maha Besar

Sekiranya 7 lautan dijadikan dakwat untuk menulis kehebatan Allah, ianya masih tidak mencukupi.

Al-Kahfi [109] Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.

Luqman [27] Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah mampu mencipta bidadari yang memiliki 70 lapis pakaian yang diperbuat dari sutera dan 70 macam warna yang masih tembus pandangan mata hingga ke tulang sumsumnya.(nampak kulitnya). Tiada kilang di dunia ini yang mampu menghasilkan 70 lapisan kain yang nipis sehingga masih boleh nampak kulit si pemakainya.

Allah paling hebat dan tidak habis kehebatannya untuk disebut walau habis nyawa digunakan untuk menyebut Allahuakbar. Kita memulakan sembahyang dengan mengagungkan Allah menyebut Allahuakbar (Allah is the greatest). Sepertimana rakyat hendak menghadap raja atau sultan, mereka mendaulatkannya dengan menyebut Daulat Tuanku. Apatah lagi menghadap Raja kepada segala Raja, yang maha hebat

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: