Tiada Tuhan Selain Allah

Allah adalah salah satu daripada nama yang diperkenalkan kepada kita, makhluknya. Hanya Allah SWT tuhan yang esa yang layak disembah. Dialah satu-satunya tuhan. Dialah tuhan kepada segala makhluk samada manusia atau jin. Allah SWT adalah pencipta yang tunggal yang esa, raja segala raja, pemberi rezeki dan pelindung yang maha agung. Selain Allah SWT adalah makhluk yang diciptakannya. Manusia bersifat lemah. Manusia akan menyembah apa sahaja yang dianggap mempunyai kesaktian samada jin, dewa, batu, kayu atau berhala. Semua itu adalah tuhan yang direka kerana mereka juga adalah makhluk Allah SWT. Rezeki, perlindungan, ilmu, hidayah, nikmat, keselamatan, kemewahan semuanya diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai makhluknya.

Allah Yang Maha Esa

Allah adalah satu-satunya tuhan. Dialah tuhan yang ESA. ESA yang sebenar-benarnya ESA, ESA dari segi zahir dan ESA dari segi batin. Atom atau biji sawi cuma esa (satu) pada zahir sahaja, tetapi masih boleh dibelah dan dibahagi-bahagikan pada batin melalui akal iaitu secara imaginasi. Namun Allah SWT tidak boleh dibahagi-bahagikan zatnya samada secara zahir atau secara batin. Allah tidak berjuzuk seperti manusia yang mempunyai anggota badan.

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:163).

Al-Anbiyaa [22] Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

Bahkan tiada tuhan sebelum Allah atau selepas Allah swt. Allah telah wujud (ada) sebelum semua makhluk diciptakan.

Pencipta, Pemberi Rezeki, Kemewahan dan Ilmu

Ya-sin [81]…..Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar dan (Dialah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Dia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Al-Anaam:73)

Al-Anaam [151] ..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu 

Al-Israa [85]….dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja..

Penyelamat dan Pelindung

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Fatir: 41)

Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Ali-Imran:109)

Ra’d [16] Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: “Allah“. Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya

Dalam satu peristiwa seorang kafir datang kepada Rasulullah SAW dengan tujuan untuk membunuh Baginda. Kafir itu meletakkan pedangnya di dada Rasulullah SAW dan berkata:”Apa yang dapat menghalangku daripada membunuhmu?”. Lalu Rasulullah pun menjawab dalam nada yang yakin: “Allah”. Terdengar sahaja jawapan yang penuh keyakinan dari mulut Nabi Allah itu, terjatuhlah pedang kepunyaan kafir itu kerana terkejut. Dengan pantas Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya pula kepada kafir itu dengan soalan yang sama. ”Apa yang dapat menghalangku daripada membunuhmu?” Maka jawab kafir itu “kamu“. Lalu Rasulullah mengajaknya untuk memeluk Islam namun kafir itu menolak dan berjanji kepada Rasulullah:” Aku tidak akan memerangi kamu lagi dan aku juga tidak akan bersama dengan orang yang memerangi kamu”. Rasulullah dengan hati yang tenang melepaskan si kafir yang hendah membunuhnya tadi…

Muhammad [11]..sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman dan sesungguhnya orang-orang yang kafir: Tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.

Israa [65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: