Dirikanlah Solat

Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan (Riwayat Tabrani). Daripada Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Kata ulama “Sembahyang adalah anak kunci yang mempunyai lima bilah (gigi)” iaitu lima waktu sembahyang fardhu. Sembahyang yang betul dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah. Sembahyang juga memadamkan dosa-dosa kecil yang dilakukan terhadap Allah SWT.

Sembahyang adalah ‘munajat’ atau ‘hubungan peribadi’ (personal contact dengan Allah). Solat juga merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w. apabila Baginda mempunyai kerisauan. Sembahyang juga adalah sebagai tanda menunjukkan kita bersyukur dengan hidayah dan segala nikmat Allah terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam. 

Tiang Agama

Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :”Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam (melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama ialah sembahyang” (Riwayat Tabrani)

Dalam hadith lain disebut…Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama..

Anak Kunci Syurga

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.

Sembahyang ialah anak kunci yang ada lima bilah iaitu lima waktu sembahyang. Sembahyang boleh menguatkan zahir dan batin. Dari segi zahir sihat tubuh badan kerana banyak pergerakan. Dari segi batin, ia meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Ada orang yang dinaikkan darjah kedudukannya menjadi wali dengan mengerjakan sembahyang sunat dengan banyaknya (selain fardhu) semata-mata kerana Allah, tanpa melalui ilmu tarikat.

Sabda Rasulullah “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu)

Memadamkan Dosa-Dosa Kecil (Terhadap Allah SWT)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarah (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar. (Riwayat Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: