Allah Kasihani Mereka Yang Menjaga Lidahnya

Allah merahmati seorang hamba yang menuturkan kebaikan maka dia mendapat keuntungan, atau dia diam tidak menuturkan perkara yang buruk, maka dia selamat (Riwayat Ibnu Mubarak melalui Khalid Ibnu Abu Imran). Allah merahmati orang yang memelihara lisannya dan dia mengenal masanya serta berpendirian teguh (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.). Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;(Mukminun:3)…Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (Mukminun:10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Mukminun:11)

Pepatah Melayu menyebut kerana mulut badan binasa.
Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas’ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya (Riwayat Bukhari Dan Muslim).

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7)Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)

Kurangkanlah bercakap perkara-perkara yang lagha.. Gunalah lidah untuk memberi nasihat atau membaca quran atau berzikir. Tinggalkan majlis yang dipenuhi gelak ketawa, lawak jenaka, nyanyian dan gurauan kerana syarat untuk masuk ke syurga ialah menjauhkan dari perkara yang lagha (melalaikan).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: