Perkara Besar yang Dipermudahkan Allah SWT

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : ” Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka.“ Jawab Nabi SAW : ” Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.

Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? ” Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah . ” Sabda baginda : ” Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. “

Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? ” Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah. ” Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : ” Awas, jaga ini baik-baik. “ Aku bertanya : ” Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? ” Baginda lalu menjawab : ” Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka.

Setiap Orang Dimudahkan Mengerjakan Apa Yang Dia Telah Diciptakan Untuk Itu

Dari Imran r.a katanya, saya bertanya:”Ya Rasulullah, apa dasar kerja orang yang bekerja?” Baginda menjawab;”Setiap orang dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah diciptakan untuk itu.”(al-Bukhari)

Sahabat pernah bertanya Rasulullah s.a.w. mengapa mereka perlu berusaha jika segalanya telah ditetapkan. Maka jawab Baginda” setiap orang dimudahkan untuk melakukan apa yang Allah telah tetapkan”. Misalnya jika ia seorang ahli syurga, Allah akan memudahkannya untuk melakukan kebaikan.
Jika kita berada disebelah yang tidak baik, berdoalah dan berubahlah dari takdir yang tidak baik kepada yang baik, dari kekafiran kepada keimanan. Tanpa doa dan usaha Allah tidak akan membaiki nasib seseorang, samada masa depan dunia atau akhiratnya.
Allah memudahkan untuk seseorang itu menjadi ahli syurga atau neraka:
Hadith Umar ra yang bertanya nabi tentang amal dengan mengatakan : ” Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ?
Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : “Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara” maka di balas oleh Umar : “Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ?
Maka bersabdalah baginda nabi : “Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun sesiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka ” (Hadith sahih, riwayat Ahmad 29 Jilid 1).
Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: